Musa bin Radhi
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Musa b Radhi ataupun Musrad merupakan pemain bass untuk kumpulan Exists. Beliau merupakan ketua kumpulan dan juga ahli tertua. Beliau banyak menyumbangkan lirik untuk lagu-lagu exists di samping saudara Loloq. Kini beliau bekerja sebagai A&R di NAR Record dan juga menjadi penerbit untuk artis lain.
- Nama Penuh: Musa b Radhi
- Panggilan: musa @ musrad
- Tarikh Lahir: 1 Disember 1972
- Status: Berkahwin
- Posisi: Gitar Bass
- Asal: Johor Bahru
- Pendidikan: SPM
- Kerjaya: A&R di NAR Record, penulis lirik, penerbit album
- Kebolehan: Menulis lirik, menerbitkan album artis lain
- Pengalaman: Telah bersama exists sejak di awal penubuhan lagi. Mula menulis lirik untuk lagu Exists semenjak album kedua lagi. Banyak memberikan lirik lagunya kepada artis-artis lain. Kini beliau telah menerbitkan album artis seperti Andrian Band dan kumpulan nasyid DeHearty