MySQL
Dari Wikipedia bahasa Melayu
MySQL adalah sistem pengurusan pangkalan data berkeupayaan tinggi yang berkaitan dengan laman Web dan pembangunan & penggunaan aplikasi perniagaan. MySQL memaksimumkan kelajuan, kestabilan dan kepenggunaan, di samping mengurangkan kos pangkalan data sehingga 90%. MySQL terdapat dalam kesemua Linux distributions di samping sistem pengoperasian Unix, Mac OS X dan Windows.
MySQL AB bertanggungjawab membangunkan dan menjual pelbagai pelayan dan aplikasi yang berkeupayaan tinggi dan harga berpatutan yang berkaitan dengan pelbagai jenis pangkalan data. Produk syarikat tersebut yang terkemuka adalah MySQL, pangkalan data sumber terbuka yang terkenal di seluruh dunia, yang telah mencecah sehingga 4 juta pemasangan. Banyak organisasi terkemuka di dunia, termasuklah Yahoo!, Sabre Holdings, Cox Communications, The Associated Press dan NASA, memilih MySQL untuk digunakan di laman Web, aplikasi perniagaan dan perisian mereka. MySQL AB adalah generasi kedua syarikah sumber terbuka, menawarkan dwi-lesen yang menyokong sumber terbuka dan metodologi nya dalam bentuk perniagaan yang menguntungkan dan mampu bertahan lama.
Pangkalan data MySQL® telah menjadi pangkalan data sumber terbuka yang paling popular di seluruh dunia kerana keupayaannya yang konsisten, stabil, dan mudah untuk digunakan. Ianya digunakan dalam lebih daripada 8 juta pemasangan dalam organisasi besar sehinggalah aplkikasi khas yang rumit bagi setiap benua di dunia. (Ya, termasuklah benua Antartika!)
Bukan sahaja MySQL adalah pangkalan data nombor satu dunia, malahan ianya menjadi pilihan bagi aplikasi generasi baru yang dibina berasaskan LAMP (Linux, Apache, MySQL, PHP / Perl / Python.) MySQL dijalankan di atas lebih daripada 20 platform termasuklah Linux, Windows, OS/X, HP-UX, AIX, Netware, memberikan anda fleksibiliti yang memudahkan anda mengawal penggunaannya.