New Mexico
Dari Wikipedia bahasa Melayu
|
|
Gelaran Lain:
"Land of Enchantment" |
|
Keluasan | 315,194 km² |
Penduduk |
1,819,046 (2000) |
Ibu negeri | Santa Fe |
Bandaraya terbesar | Albuquerque |
Gabenor | Bill Richardson |
Tarikh kemasukan | 6 Januari 1912 |
Zon Waktu | Mountain: UTC-6/-7 |
Latitud Longitud |
31°20'U hingga 37°U 103°B to 109°B |
New Mexico (Sepanyol: Nuevo México) ialah sebuah negeri barat daya di Amerika Syarikat. Pada sepanjang sejarahnya yang agak lama, ia telah diduduki oleh orang-orang asli Amerika dan pernah merupakan sebahagian kawasan wizurai Sepanyol Baru, sebuah provinsi Mexico serta wilayah Amerika Syarikat.
New Mexico mempunyai peratusan orang Amerika-Sepanyol yang tertinggi berbanding dengan mana-mana negeri Amerika Syarikat yang lain (setengah-setengah pendatang yang baru serta keturunan-keturunan penjajah Sepanyol) serta peratusan orang asli Amerika yang kedua tertinggi selepas Oklahoma (10.99% lwn 11.31%, dengan kebanyakannya merupakan orang-orang Navajo serta Pueblo). Oleh sebab itu, demografi dan budaya negeri ini adalah unik disebabkan oleh pengaruh-pengaruh kebudayaan Sepanyol, Mexico dan Amerindian Amerika Syarikat.
[Sunting] Geografi
- Maklumat lanjut: Senarai kaunti New Mexico
Sempadan timur New Mexico terletak pada 103° B dengan Oklahoma, dan 3 batu (5 km) di sebelah barat 103° B dengan Texas. Texas juga terletak di selatan kebanyakan New Mexico, walaupun sempadan tumit but barat daya menyempadani Chihuahua dan Sonora, dua buah negeri Mexico. Sempadan barat dengan Arizona terletak pada sepanjang 109° B. Latitud 37° U membentuk sempadan utara dengan Colorado. Negeri-negeri New Mexico, Colorado, Arizona, dan Utah bertemu di Empat Sudut pada sudut barat laut New Mexico.
Pandangan darat berbeza-beza dari gurun lebar yang berwarna merah jambu ke mesa pecah ke puncak gunung tinggi yang dilitupi salji. Walaupun imej kering New Mexico, gunung-gunung yang dilitupi dengan hutan tebal melitupi sebahagian besar negeri ini. Sebahagian Banjaran Gunung Rocky, banjaran pecah Sangre de Cristo (Darah Christ) yang berorientasi utara-selatan, mengapit kedua-dua sisi Rio Grande dari kawasan rumput ternak utara yang berceranggah ke tengah negeri.
Kaktus, pokok yuka, pokok renek kreosot, semak pokok renek, dan rumput gurun melitupi dataran separa kering yang merangkumi bahagian selatan negeri ini.
Kerajaan persekutuan melindungi berjuta-juta ekar New Mexico yang indah sebagai hutan negara:
- Hutan Negara Carson
- Hutan Negara Cibola (ibu pejabat di Albuquerque)
- Hutan Negara Lincoln
- Hutan Negara Santa Fe (ibu pejabat di Santa Fe)
Tanah-tanah perlindungan yang lain termasuk tugu-tugu peringatan negara seperti berikut:
- Tugu Peringatan Negara Puing-puing Aztec di Aztec
- Tugu Peringatan Negara Bandelier di Los Alamos
- Tugu Peringatan Negara Gunung Berapi Capulin dekat Capulin
- Taman Negara Gua-gua Carlsbad dekat Carlsbad
- Taman Bersejarah Negara Budaya Chaco di Nageezi
- Denai Bersejarah Negara El Camino Real de Tierra Adentro
- Tugu Peringatan Negara El Malpais di Grants
- Tugu Peringatan Negara El Morro di Ramah
- Tugu Peringatan Negara Fort Union di Watrous
- Tugu Peringatan Negara Kediaman Cenuram Gila, dekat Bandaraya Silver
- Denai Bersejarah Negara Sepanyol Lama
- Taman Bersejarah Negara Pecos di Pecos
- Tugu Peringatan Negara Petroglyph, dekat Albuquerque
- Tugu Peringatan Negara Misi Salinas Pueblo di Mountainair
- Denai Bersejarah Negara Santa Fe
- Tugu Peringatan Negara White Sands dekat Alamogordo
Pelawat-pelawat juga sering melawati pueblo-pueblo asli New Mexico yang masih wujud. Pelancong-pelancong yang melawat tapak-tapak ini membawa banyak wang ke negeri ini. Kawasan-kawasan menarik dari segi geografi dan berpemandangan indah termasuk Tugu Peringatan Negara Kasha-Katuwe Tent Rocks dan Kawasan Simpanan Negara Valles Caldera. Hutan Gila terletak di barat daya negeri ini.
- Lihat juga: Delaware Basin
Pembahagian politik Amerika Syarikat | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|