Obesiti di Malaysia
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Kegemukan atau obesiti boleh mengakibatkan penyakit jantung, strok, tekanan darah tinggi, diabetis dan kanser.
Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng berkata , kajian mendapati hampir 3 juta rakyat Malaysia mengalami masalah kegemukan atau obesiti pada tahun 2000.
Kegemukan di kalangan kaum India sebanyak 25.6 peratus diikuti Melayu sebanyak 22.4 peratus dan Cina 19.5 peratus.
Pusat penjagaan kesihatan -- The Weight Management Information Center (WMIC) ditubuhkan bertujuan memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai berat badan yang sihat melalui aktiviti fizikal, pemakanan yang sihat dan pengendalian berat badan untuk jangka masa panjang.