Ong Ka Ting
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Dato' Seri Ong Ka Ting (15 November 1956- ) adalah seorang ahli politik Malaysia dan sekarang ini merupakan presiden MCA. Beliau dilahirkan di Perak.
[Sunting] Kehidupan awal
Ong memperolehi Sarjana Muda Sains dari Universiti Malaya, major dalam Matematik dan Kimia pada tahun 1980. Dia memulakan kerjaya beliau sebagai seorang guru di Sekolah Tinggi Katolik di Petaling Jaya in 1981 hingga 1984. Dia berkahwin dengan Datin Seri Wendy Chong Siew Mei. Pasangan ini dianugerahkan dengan dua anak, Li En dan Xing Yang.
[Sunting] Kerjaya politik
Dari tahun 1986 hingga 1990, Ong merupakan setiausaha politik kepada Menteri Pengangkutan. Selepas memenangi pilihanraya umum 1990, beliau telah dilantik menjadi setiausaha parlimen kepada kementerian kesihatan dari 26 Oktober 1990 hingga 24 Februari 1991. Kemudian Ong dilantik menjadi setiausaha parlimen kepada kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dari 25 Februari 1991 hingga April 1995, sebelum dinaikkan menjadi Timbalan Menteri dalam kementerian yang sama pada 3 Mei 1993. Dalam tahun 1999, dia telah dinaikkan menjadi menteri penuh di kementerian perumahan dan kerajaan tempatan, kedudukan yang beliau pegang sehingga kini.
Penyandang Terdahulu | Presiden MCA Mei 2003 – Kini |
Penyandang Kemudian |
Tun Ling Liong Sik |
Penyandang |
Penyandang Terdahulu | Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ??– Kini |
Penyandang Kemudian |
?? br> | ?? |