Orang Cina Malaysia
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Orang Cina Malaysia (dialek Hokkien dari kata 中华, yang mempunyai erti China Tengah; dalam Bahasa Mandarin ejaan Pinyin, kata ini dibaca "zhonghua") merupakan sebutan lain untuk orang-orang dari suku atau ras Cina di Indonesia. Istilah ini digunakan di Indonesia untuk menggantikan perkataan Cina yang kini dianggap membawa konotasi negatif kerana sering digunakan dalam nada meremehkan. Bagaimanapun penggunaan di Malaysia terhad, hanya popular sekitar 1970-an kesan pengaruh dari Indonesia, tetapi kini istilah Cina kembali digunakan secara meluas.
Perkataan ini juga dapat merujuk kepada orang-orang Cina yang tinggal di luar China, Hong Kong, dan Taiwan.
Perkataan ini pertama kali diperkenalkan secara luas oleh Dr. Sun Yat-sen, yang merupakan Bapa Revolusi China dengan mendirikan Republik China (Zhonghua Minguo atau Tionghoa Binkok) pada tahun 1911, bagi menggantikan Dinasti Qing. Mao Zedong juga meneruskan penggunaan kata Zhonghua untuk negara Republik Rakyat China (Zhonghua Renmin Gongheguo atau Tionghua Jinbin Kionghokok) yang diistiharkan pada tahun 1949.
Pembincangan mengenai Tionghoa di Indonesia biasanya meliputi pembabitan orang-orang Tionghoa dalam politik, sosial dan budaya di Indonesia. Kebudayaan Tionghoa merupakan salah satu pembentuk dan bagian penting yang tak terpisahkan dari kebudayaan nasional Indonesia sekarang ini. Kebudayaan Tionghoa di Indonesia walau berakar dari budaya leluhur, namun telah sangat bersifat tempatan dan mengalami proses pembauran (asimilasi) dengan kebudayaan tempatan lainnya.