Parit Bakar
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Parit Bakar terletak di Muar, Johor, Malaysia. Ia lebih kurang 8km dari Bandar Muar. Parit Bakar terbahagi kepada Parit Bakar Darat dan Parit Bakar Laut. Parit Bakar Laut bersebelahan dengan laut manakala Parit Bakar Darat pula menghala ke darat melalui sepanjang parit.
Di pekan Parit Bakar terdapat sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina "Chi Sin", sebuah tokong cina, sebuah sekolah kebangsaan, sekolah agama, masjid, surau dan balai raya.
Industri Perabut memainkan peranan yang penting dalam pembangunan Parit Bakar pada tahun 90-an. Sebelum itu, penduduk kebanyakan terlibat dalam bidang pertanian. Pada 90-an terdapat sebuah kedai perabut bernama Sistem Elektrik dan Perab0t terkenal dalam penjualan barangan perabut. Kini, ia telah berpindah ke Parit Amal Darat. Baru-baru ini, terdapat pembangunan perdagangan di pekan Parit Bakar Darat.
Rencana ini merupakan rencana stub. Bantulah Wikipedia mengembangkannya. |