Parit Raja
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Parit Raja adalah sebuah kampung di Muar, Johor dan juga menyamai sebuah mukim di daerah Batu Pahat, Johor.
Kampung ini kecil namun besar sejarahnya. Kawasan ini yang asalnya dikenali sebagai Jajahan Padang melangkaui beberapa kampung sekitar. Di jajahan inilah berlakunya peristiwa Perang Parang Panjang, peristiwa Lembing Awang Pulang ke Dayang dan sebagainya. Memperolehi nama sempena lawatan kerabat di Raja Johor yang mana dikatakan ada Raja yang berhenti di kampung ini untuk mendapatkan air minuman.
Kampung Parit Raja ini melangkaui 5 jalan utama iaitu:
- Jalan Seri Tanjung
- Jalan Dato' Haji Kosai
- Jalan Temenggong Ahmad
- Jalan Abdul Rahman
- Jalan Joned
Dianggarkan lebih dari 150 keluarga menetap di perkampungan ini yang turut menempatkan:
- SMK Tengku Mahkota
- SRK Parit Raja
- Sekolah Agama Parit Raja