Parti Tindakan Rakyat
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Parti Tindakan Rakyat (People's Action Party) adalah salah satu daripada parti-parti politik Singapura. Parti ini merupakan parti yang autoritarian.
[Sunting] Sejarah parti
Parti Tindakan Rakyat ditubuhkan pada 1954 di Victoria Memorial Hall. Ahli jawatankuasa parti yang pertama termasuk Toh Chin Chye sebagai pengerusi pertama, Lee Kuan Yew sebagai setiausaha am pertama, dan S Rajaratnam.
Parti Tindakan Rakyat mensasarkan pekerja pos dan telekom, ahli persatuan, guru sekolah, dan golongan pertengahan. Matlamat PAP ialah membina negara baru, oleh rakyat, dengan usaha mereka dan diselenggara oleh parti.
[Sunting] Logo parti
- Bulatan biru dalam logo ini bermaksud kerukunan segala kaum di Singapura.
- Warna merah bermakna aksi atau perbuatan.
- Latarbelakang putih bermakna kesucian dan kejujuran.