Pembahagian sel
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Pembahagian sel (cell division) adalah proses pembahagian daripada satu sel induk kepada dua sel anak yang baru. Proses pembahagian sel terbahagi kepada dua, iaitu mitosis dan meiosis.
Pembahagian sel merupakan asas biologi kehidupan. Untuk organisma satu sel seperti Ameba, pembahagian satu sel akan menghasilkan satu organisma lengkap yang baru. Dalam skala yang lebih besar, pembahagian sel membolehkan organisma pembiakan seks untuk berkembang daripada zigot satu sel, yang dihasilkan daripada pembahagian sel gamet. Selepas tumbesaran, pembahagian sel mebolehkan pembaharuan dan pembaikan sesuatu organisma.