Pemberontakan Decembrist
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Pemberontakan Decembrist ataupun Kebangkitan Decembrist (bahasa Rusia: Восстание декабристов) merupakan satu percubaan rampasan kuasa di Empayar Rusia yang disertai lebih kurang 3,000 askar Rusia pada Disember 14, 1825. Pemberontak-pemberontak dikenali sebagai Decemberist (Dekabristy, Russian: Декабристы) kerana peristiwa ini berlaku semasa bulan Disember. Percubaan rampasan kuasa ini berlaku di Senate Square, bandar St. Petersburg. Pada tahun 1925, Senate Square dinamakan Decembrist Square (Ploshchad' Dekabristov, Russian: Площадь Декабристов) bagi memperingati ulangtahun ke-100 pemberontakan.
[Sunting] Masyarakat Decembrist
Para ahli sejarah bersetuju yang gerakan Decembrist dilahirkan di zaman pemerintahan Alexander I di Rusia.
Dari penghujung abad ke-17 dan awal abad ke-18, pembesar-pembesar Rusia mula terdedah kepada pergerakan pemikiran Eropah Barat seperti liberalisme. Semasa persahabatan di antara Alexander I dengan Napolean dari Perancis, liberalisme sangat digalakkan di kalangan pegawai-pegawai kerajaan. Ini mewujudkan satu sangkaan yang kemudiannya dimusnahkan apabila Rusia bermusuhan dengan Perancis.
Rencana ini merupakan rencana stub. Bantulah Wikipedia mengembangkannya. |