Perbualan:Penyakit barah payu dara
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Saya kini seorang ibu yang berusia 33 tahun dan mempunyai 4 orang cahaya mata. 4 tahun lepas, saya telah menjalani pemeriksaan biopsi di Pusat Perubatan Universiti Malaya dan doktor telah mengesahkan saya a mempunyai ketidakseimbangan hormon. Kini setelah 4 tahun saya dapat mengesan terdapat ketulan di buah dada bahagian kiri saya, terus terlintas bahawa sewaktu saya melahirkan anak yang ke 4, saya kurang menyusukan di bahagian kiri saya malah lebih cenderung di bahagian kanan. Saya telah lama mengalami sakit di bahagian belikat kanan saya. Saya banyak membuat bacaan dan kajian tentang penyakit ini, saya mulai merasai takut dan risau untuk membuat pemeriksaan seterusnya. Saya mulai memikirkan perkara yang tidak baik sejak akhir akhir ini. Beberapa bulan lepas saya telah ke klinik dan doktor telah membuat ultra sound(alat yang sama digunakan untuk ibu mengandung) dan doktor cuma mengatakan yang kemungkinan ianya adalah bengkak susu atau juga ketidakseimbangan hormon. Masalahnya ialah saya inginkan kepastian tetapi takut untuk membuat pemeriksaan. Tolonglah saya.
Penyakit barah tidak mempunyai ubat sehingga masa kini. Rawatan yang ada, hanyalah membuang sel barah samaada melalui pembedahan, atau membunuh sel barah dengan rawatan radiasi, atau bahan kimia kemoterapi.
Barah merupakan penyakit, di mana masa amat penting. Berlengah boleh membawa maut sekiranya barah tersebut merebak. Setiap hari yang ditangguh merupakan semakin kurang harapan bagi rawatan yang berkesan. Saya bentangkan 2 kes yang pernah saya baca dan ketahui. Kes satu, seorang yang menderita barah payu dara hanya mendapatkan rawatan apabila sudah tidak tahan sakit. Apabila dirujuk, sudah terlalu lewat untuk dirawat. Satu kes lagi, pengesahan awal mencadangkan pembedahan, tetapi pesakit enggan dan cuba mendapatkan rawatan traditional. Bagaimanapun, setelah tidak mampu menelan, barulah pesakit kembali berjumpa doktor selepas 6 bulan kemudian. Dalam tempoh itu, penyakit barah tersebut sudahpun merebak. Pada pendapat saya, mereka yang mengaku boleh menyembuh barah ini patut diadili sebagi pembunuh dan jika sabit kesalahan patut digantung.
Nasihat saya, segeralah berjumpa doktor untuk rawatan lanjut. Berlengah hanya menjerat diri, kerana lebih banyak masa diperlukan bagi jadual pembedahan dan lain-lain urusan. Takut sekiranya dilewatkan mendapat rawatan, terlalu lambat sehinggakan barah sudah merebak.Yosri 15:02, 22 Ogos 2005 (UTC)
[Sunting] Rasa Sakit Menyucuk-Nyucuk di payu dara
Saya seorang gadis sunti berumur 26 tahun.Sebelum ini saya pernah melakukan pembedahan bagi membuang ketulan kecil dibahagian sebelah payudara kiri.Menurut doktor itu bukannya kanser tapi ketulan tisu sahaja.Sehingga kini saya akan ke hospital membuat temujanji dengan doktor mengikut tarikh yg diberikan. Tetapi semenjak dua minggu lepas saya rasa sakit yg menyucuk-nyucuk dibahagian payudara sebelah kiri.Setiap kali sakit saya akan merasa bimbang dan takut akan dihadapi penyakit barah payudara.Saya akan ke hospital pada bulan Mac 2006 ni menurut tarikh yg diberi. Dengan itu saya ingin meminta pendapat pihak ini..apakah rawatan yg perlu saya lakukan untuk mengesan sebarang ketumbuhan semula di bahagian kiri payudara saya....
Gadis Risau
- Sila ikut nasihat doktor. Jika ada sesiapa memberi nasihat, sila minta ijazah perubatan mereka. Yosri 10:19, 26 Januari 2007 (UTC)