Pesawat pengebom
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Pesawat pengebom merupakan pesawat tentera yang direka bagi menyerang sasaran darat terutamanya dengan menggunakan bom.
- Pesawat pengebom strategik terutamanya digunakan bagi misi serangan jarak jauh terhadap sasaran strategik seperti pengkalan bekalan, jambatan, kilang, dan limbungan kapal. Contoh: B-17 Flying Fortress, Avro Lancaster, B-52 Stratofortress, Tupolev Tu-16, Tupolev Tu-160, Gotha G.
- Pesawat pengebom taktikal adalah pesawat kecil yang beroperasi jarak dekat, biasanya menyokong tentera darat. Rekabentuk ini dipenuhi oleh banyak rekabentuk, termasuk yang disenaraikan di bawah. Dari segi istilah moden, semua pesawat yang bukannya direka khusus bagi pengebom strategik digolongkan dalam kumpulan ini.
- Pesawat serang darat (Ground-attack) (atau pesawat sokongan udara dekat) direka bagi berlegar di medan tempur dan menyerang sasarah khusus, terutamanya kereta kebal, kumpulan tentera, dll. Contoh: Stuka, Il-2 Shturmovik, A-10 Warthog, Sukhoi Su-25.
- Pejuang-pengebom adalah pesawat tempur pelbagai peranan yang (secara teorinya) mampu dilengkapi dengan samada pertempuran udara-ke-udara atau pertempuran udara-ke-darat. Contoh: Hawker Typhoon, F/A-18 Hornet, and Panavia Tornado.

Pada masa lalu, pesawat pengebom jelas merupakan jenis berlainan, dan kelihatan amat berbeza dengan jenis lain. Ini sebahagian besarnya akibat ketiadaan kuasa pada enjin pesawat, bererti bagi membawa beban tempur yang bermakna, ia terpaksa di reka bagi membawa beberapa engin. Hasilnya adalah pesawat besar dengan peratusan beban berguna yang memadai bagi peranan pengebom. Kuasa engin amat kurang sehinggakan rekabentuk terpaksa mengambil kira ruang tertentu; semasa Perang Dunia II terdapat pesawat pengebom junam, pesawat pengebom ringan, pesawat pengebom serdahana dan pesawat pengebom berat, dan rekabentuk penyerang permukaan khusus.
Secara tradisi pesawat pengebom membawa hanya persenjataan pertahanan diri, dan tidak direka bagi bertempur dengan pesawat udara lain. Ia biasanya agak besar dan kurang lincah (walaupun sesetengahnya sepantas atau lebih pantas berbanding pejuang semasa dengannya). Pesawat penyerang biasanya lebih kecil, pantas, dan lincah, tetapi kurang berbanding pesawat pejuang. Ia mungkin membawa persenjataan udara-ke-udara, tetapi biasanya hanya bertujuan mempertahankan diri.
Dalam tentera udara moden, perbezaan antara pengebom, pejuang-pengebom, dan pesawat serangan darat semakin kabur. Banyak pesawat penyerang darat yang walaupun menyerupai pesawat pejuang tetapi dioptima bagi menggugurkan bom, dengan keupayaan pertempuran udara yang rendah. Sesungguhnya, sifat-sifat reka bentuk yang membuat sesuatu pesawat serangan tahap rendah berkesan kearah pejuang penguasaan udara yang jauh kurang berkesan, dan begitu juga sebaliknya. Sebaliknya, banyak pesawat pejuang, sebagai contoh F-16, kerap kali digunakan seperti `trak pengebom', walau pun sebenarnya direka untuk pertempuran di udara. Mungkin perbezaan tunggal yang penting pada masa ini adalah soalan julat: sesebuah pengebom pada kebiasanya sebuah pesawat jarak jauh yang berupaya menyerang sasaran jauh dalam wilayah musuh, manakala pejuang pengebom dan pesawat serangan adalah terhad untuk misi-misi 'teater' dan di sekitar kawasan medan perang bertempur. Walaupun perbezaan itu semakin kabur dengan pengisian minyak di udara, yang meningkatkan radius potensi operasi pertempuran.
Pembangunan pesawat pengebom strategik yang besar telah terbantut pada akhir Perang Dingin akibat peningkatan kos dan kemajuan peluru berpandu balistik antara benua, yang dianggap mempunyai nilai (deterrence) yang sama dan lebih sukar dipintas. Program USAF XB-70 Valkyrie dibatalkan diatas sebab yang serupa pada awal 1960-an, dan kemudiannya pesawat B-1 Lancer dan B-2 Spirit memasuki perkhidmatan selepas masaalah politik dan jangka masa pembangunan yang berpanjangan. Kos yang tinggi bererti hanya sedikit pesawat mampu dihasilkan dan B-52 yang direka sekitar 1950-an terus digunakan sehingga abad ke 21. Keadaan yang sama turut melanda Soviet Union yang menggunakan Tupolev Tu-22M jarak serdahana pada 1970-an, tetapi tidak menghasilkan sebarang pengebom Mach 3.
Tupolev Tu-160 Mac 2 telah dibina hanya dalam bilangan yang kecil, meninggalkan pengebom berat Tupolev Tu-16 dan Tupolev Tu-95 tinggalan tahun 1950-an untuk terus berjuang di abad ke-21. Sementara itu, pasukan pengeboman strategik British berakhir dengan pasukan Pengebom V (yang terakhirnya berkhidmat pada 1983. Negara lain yang mampu memiliki pasukan pengebom strategik pada masa kini adalah Republik Rakyat Cina, yang mempunyai sebilangan Tupolev Tu 16s dibina sendiri.
Rancangan di US dan Rusia untuk pengganti kepada kapal terbang pengebom strategik kini kekal sebagai projek di atas kertas, dan tekanan politik dan pembiayaan membayangkan bahawa ia akan kekal sedemikian sehingga masa hadapan yang dapat dijangkakan. Di Amerika Syarikat, rancangan semasa memerlukan armada pengebom USAF yang sedia ada untuk kekal dalam perkhidmatan sehingga pertengahan atau lewat 2020-an, tanpa sebarang pengganti dirancang.