Peter Pan
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Peter Pan atau Seorang Budak Lelaki yang Tidak Akan Tumbuh Membesar ialah sebuah cerita dongeng Barat yang dikarang oleh seorang penulis berbangsa Scotland iaitu Sir James Matthew Barrie (J.M Barrie).
Cerita ini mengisahkan seorang budak lelaki bernama Peter Pan. Dia bersama adiknya Tinkle Bell telah berjumpa dengan tiga orang kanak-kanak milik keluarga Darling iaitu Wendy, John dan Michael di London. Ketiga-tiga anak mereka kemudiannya dibawa oleh Peter Pan ke Neverland, iaitu sebuah pulau yang begitu indah dan cantik. Walau bagaimanapun Wendy, John dan Michael telah ditawan dan ditangkap oleh sekumpulan lanun yang diketuai oleh Captain Hook. Tetapi ketiga-tiga anak mereka telah diselamatkan oleh Peter Pan dan akhirnya Captain Hook bersama-sama pengikut lanun itu telah melarikan diri akibat takutan seekor buaya ganas.
[Sunting] Watak-watak
[Sunting] Protagonis
- Peter Pan - Seorang budak lelaki dari Neverland
- Tinkle Bell - Adik kepada Peter Pan
- Wendy Darling - Anak sulung dari keluarga Darling
- John Darling - Anak tengah dari keluarga Darling
- Michael Darling - Anak bongsu dari keluarga Darling
[Sunting] Antagonis
- Captain James Hook - Ketua kumpulan lanun
- Smee - Penasihat kepada Captain Hook