Piala Sudirman
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Piala Sudirman ialah sebuah kejohanan badminton campuran dunia yang diadakan setiap dua tahun. Terdapat lima perlawanan bagi setiap pusingan: perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran. Piala ini dinamakan sempena nama Dick Sudirman iaitu bekas pemain Indonesia. Beliau juga merupakan pengasas Persatuan Bulu Tangkis Indonesia (PBSI).
Tiada hadiah berupa wang dalam kejohanan ini buat para pemain. Mereka bermain bagi menaikkan nama negara yang diwakili dan juga untuk memperbaiki kedudukan mereka dalam ranking IBF.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sejarah
Indonesia ialah negara pertama yang mencadangkan penubuhan kejohanan ini pada tahun 1986. Sepanjang kejohanan ini berlangsung, cuma empat negara iaitu China, Korea Selatan, Indonesia, dan Denmark yang berjaya mara ke perlawanan separuh akhir.
Kejohanan pertama berlangsung di Istora Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia pada 24-29 Mei 1989.
China memenangi kejohanan ini pada tahun 1995, 1997, 1999, 2001 dan 2005. Korea Selatan memenanginya pada tahun 1991, 1993 dan 2003. Indonesia pula menang pada tahun 1989. Piala ini tidak pernah dimenangi oleh negara bukan Asia.
[Sunting] Piala Sudirman
Piala ini setinggi 80 cm. Ia dibuat menggunakan emas-perak 22 karat dan bahagian bawahnya yang berbentuk oktagon dibuat daripada kayu jati. Bentuk piala ini dibuat menyerupai seperti sebiji bulu tangkis dan dihiasi dengan replika candi Borobudur.
Piala ini dibuat oleh Syarikat Masterix Bandung dan berharga lebih kurang RM50,000.
[Sunting] Pemenang
Tahun | Tempat | Juara | Markah | Naib Juara | Tempat ketiga |
---|---|---|---|---|---|
1989 | Jakarta, Indonesia | Indonesia | 3-2 | Korea Selatan | ? |
1991 | Copenhagen, Denmark | Korea Selatan | 3-2 | Indonesia | Denmark |
1993 | Birmingham, England | Korea Selatan | 3-2 | Indonesia | China |
1995 | Lausanne, Switzerland | China | 3-1 | Indonesia | Korea Selatan |
1997 | Glasgow, Scotland | China | 5-0 | Korea Selatan | Denmark |
1999 | Copenhagen, Denmark | China | 3-1 | Denmark | Indonesia, Korea Selatan |
2001 | Sevilla, Sepanyol | China | 3-1 | Indonesia | Denmark, Korea Selatan |
2003 | Eindhoven, Belanda | Korea Selatan | 3-1 | China | Indonesia, Denmark |
2005 | Beijing, China | China | 3-0 | Indonesia | Korea Selatan, Denmark |