Pokok Ipoh
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Pokok Ipoh | |||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() |
|||||||||||||||
Pengelasan saintifik | |||||||||||||||
|
Pokok Ipoh adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama sainsnya Antiaris toxicaria Lesch.
Pokok Ipoh mempunyai getah beracun yang digunakan sebagai racun untuk hujung sumpitan orang asli. Racun ini bertindak dengan serta-merta dan akan membunuh mangsa yang terkena sumpitan. Untuk mengelakkan keracunan kepada pemburu, bahagian daging pada mangsa perburuan akan dipotong dan dibuang.
Bandar Ipoh, Perak juga berkemungkinan mendapat nama sempena pokok Ipoh.