Pokok Kelumpang Jari
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Pokok Kelumpang Jari | |||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Imej:Tiada |
|||||||||||||||
Pengelasan saintifik | |||||||||||||||
|
Pokok Kelumpang Jari merupakan salah satu spesies tumbuhan dalam famili Sterculiaceae dan berasal dari Asia tropika. Nama botaninya Sterculia foetida Linn.
Nama genus pokok ini mendasarkan perkataan bahasa Latin, stercus, yang bermaksud "baja asli", dan merujuk kepada bau bunga dan daun sesetengah spesies. Bau Pokok Kelumpang Jari yang tidak menyenangkan ditegaskan lagi dalam nama spesiesnya, foetida, yang bermaksud "busuk".
[Sunting] Ciri-ciri fizikal
Pokok Kelumpang Jari merupakan pokok berdaun lebat yang besar. Batang pokoknya lurus mencecah sehingga 40 meter tinggi, dengan ukur lilit sebanyak 3 meter. Dahan-dahannya tersusun secara pusaran dan berkembang secara mendatar. Ciri-ciri fizikal yang lain adalah seperti berikut:
- Kulit kayu: Licin dan kelabu.
- Daun: Tumbuh berumpun pada penghujung dahan-dahan kecil, dengan bau yang tidak menyenangkan. Bentuknya seakan-akan jari, dengan 7 hingga 9 daun kecil. Daun kecil itu menirus dan berbentuk elips atau lanseolat elips (iaitu seakan-akan tombak). Panjangnya daun kecil ini antara 10-17 sentimeter. Petiolnya (tangkai daun) pendek antara 12.5-23 sentimeter.
- Bunga: Agak besar, antara 10-15 sentimeter panjangnya. Bunga ini bercabang-cabang dalam bentuk berumpun, dan tumbuh hampir pada penghujung dahan. Warnanya hijau atau ungu muram. Bunga ini adalah uniseks, dengan bunga jantan dan bunga betina tumbuh pada pokok-pokok yang berasingan. Kaliksnya berwarna jingga muram, dan dibahagikan kepada lima bahagian yang berpisah hampir sehingga pangkalnya. Panjang lobus kaliks 1-1.3 sentimeter. Folikelnya berwarna merah darah, 7.6-9 x 5 sentimeter, amat kukuh, dan pada dasarnya, berkayu.
- Biji: Bilangan biji antara 10-15. Warnanya bak sabak, dengan kulit rudimen yang berwarna kuning. Bentuknya bujur, dengan panjangnya antara 1.5-1.8 sentimeter.
[Sunting] Lihat juga
[Sunting] Pautan luar
- (Inggeris) Pusat Perhutanan Tani Dunia