Pokok Tasbih
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Pokok Tasbih | |||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() |
|||||||||||||||
Pengelasan saintifik | |||||||||||||||
|
Pokok Tasbih (bahasa Inggeris: Jequirity, Black-eyed Susan, Rosary Pea atau Indian Licorice) ialah pokok kekacang yang mempunyai daun-daun pinat yang kecil. Biji-bijinya sering dipergunakan untuk membuat manik dan untuk alat perkusi. Biji-bijinya amat beracun, tetapi tidak berbahaya jika ditelan secara mentah dan tidak pecah, kerana kulit biji ini amat keras. Nama botaninya Abrus precatorius.
Biji-biji abrus precatorius amat dihargai sebagai barang kemas asli disebabkan warnanya yang terang. Kacang ketiga yang mempunyai hilum (kesan pemasangan) berwarna hitam, manakala kacang-kacang yang lain berwarna merah terang dan kelihatan seakan-akan kumbang kura-kura. Membuat barang kemas dengan biji-biji Pokok Tasbih adalah bahaya, dan terdapat kejadian kematian ketika jari dicucuk semasa menggerek lubang pada biji-biji untuk membuat manik.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Abrin
Toksin yang wujud dalam Pokok Tasbih ialah abrin, satu saudara rapat kepada risin. Abrin ialah dimer yang terdiri daripada dua subunit protein yang diistilahkan sebagai A dan B. Rantai B ialah "tiket" abrin masuk ke dalam sel: ia melekat kepada protein-protein angkutan di membran sel yang kemudian mengangkutnya ke dalam sel. Sebaik sahaja di dalam sel, rantai A akan menghalang sintesis protein melalui pentakaktifan subunit 26S dalam ribosom. Setiap molekul abrin boleh mengakibatkan ketakaktifan sehingga 1,500 ribosom setiap saat. Gejala-gejalanya adalah sama sahaja dengan gejala risin, kecuali dos risin adalah lebih kurang 75 kali lebih dasyhat berbanding dengan dos abrin. Abrin boleh membunuh dengan jumlah edaran yang kurang daripada 3 μg (mikrogram).
[Sunting] Lihat juga
[Sunting] Rujukan
- Daftar tumbuhan Caatinga dari Brazil
[Sunting] Pautan luar
- Herba Henriette: Dispensatori Amerika King – Abrus precatorius (Pokok Likuoris Liar)]
- Botanical.com: Herba Moden – Likuoris India oleh Puan Grieve]
- Knowingfood.com: Tanda cinta dalam legenda dan puisi Cina
Laman mengenai racun abrin