Pokok Teruntum Puteh
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Pokok Teruntum Puteh | |||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() |
|||||||||||||||
Pengelasan saintifik | |||||||||||||||
|
Pokok Teruntum Puteh ialah sejenis pokok bakau yang terdapat di kawasan tropika. Taburannya terbentang dari Australia timur laut sehingga Madagascar dan garis pinggir laut Afrika Timur, termasuk negara-negara ASEAN. Nama botaninya Lumnitzera racemosa Willd.
Pokok Teruntum Puteh bertumbuh sehingga 6 meter (20 kaki), dan mempunyai bunga yang berwarna putih. Daun pokok ini yang berbentuk spatulat dan mempunyai gerigi pada hujungnya adalah tebal dan agak kecil (lebih kurang 7 sentimeter). Warnanya hijau muda. Daun pokok ini pernah dimakan oleh penduduk-penduduk Pulau Pasifik Selatan ketika mengalami kekurangan makanan.
Kulit Pokok Teruntum Puteh yang berfisur dan berwarna perang-merah mengandungi 15-19% tanin tetapi kayunya tidak mempunyai begitu banyak. Cecair yang diperoleh daripada insisi batang pokok ini telah dilaporkan digunakan untuk rawatan herpes serta rasa gatal. Analisa kimia menunjukkan bahawa pokok ini mengandungi banyak sebatian, termasuk alkohol polisoprenoid di dalam daunnya, serta flavonoid, asid lemak rantai panjang, dan karbohidrat berat molekul rendah.
[Sunting] Lihat juga
Senarai pokok.
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z |