Pokok herba
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Pokok herba merujuk kepada tumbuhan renek berbatang lembut. Pada kebiasaannya pokok herba mempunyai batang yang lembut dan mengandungi banyak air. Pokok-pokok herba telah lama digunakan oleh orang-orang Melayu dan Cina sebagai bahan ubat atau penguat tenaga.
Banyak pokok herba juga telah digunakan oleh orang-orang Melayu sebagai ulam untuk di makan bersama nasi.
Terdapat juga pokok-pokok herba yang tidak dimakan secara langsung, tetapi akan digunakan sebagai bahan untuk menghasilkan minyak atau dipuput (hancurkan dengan lumat seperti krim) sebelum diletakkan dibahagian yang sakit.
Malaysia merupakan salah sebuah daripada 12 negara yang diiktirap sebagai mempunyai jumlah kepelbagaian kehidupan, haiwan dan tumbuhan yang tinggi "mega diversity". Sebagai sebuah negara yang kaya dengan tumbuhan, Malaysia mempunyai pelbagai pokok herba yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan.