Presiden Afrika Selatan
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Ketua negara Afrika Selatan dipanggil State President atau Staatspresident sejak negara itu menjadi sebuah republik. Sebelum 1984, Presiden hanya simbolik sahaja dan tidak memegang kuasa sebagai ketua eksekutif. Tetapi selepas pindaan perlembagaan pada tahun itu, Presiden merupakan ketua eksekutif negara dan jawatan Perdana Menteri telah dimansuhkan. Oleh itu P.W. Botha merupakan State Presiden pertama yang berperanan sebagai ketua eksekutif negara. Walaupun begitu, selepas parti ANC mengambilalih kuasa, jawatan State President atau Presiden Negara, telah ditukar menjadi Presiden. Maka Presiden pertama Afrika Selatan ialah Nelson Mandela. Berikut ialah senarai Presiden-presiden Afrika Selatan sehingga tahun 2005:
- Charles Robberts Swart 1961-1967
- Jozua François Naudé (pemangku) 1967-1968
- Jacobus Johannes Fouché 1968-1975
- Nicolaas Johannes Diederichs 1975-1978
- Marais Viljoen (pemangku) 1978
- Balthazar Johannes Vorster 1978-1979
- Marais Viljoen 1979-1984
- Pieter Willem Botha 1984-1989
- Frederik Willem de Klerk 1989-1994
- Nelson Mandela 1994-1999
- Thabo Mbeki 1999
[Sunting] Lihat juga
- Senarai Perdana Menteri Afrika Selatan