Quetzalcoatl
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Quetzalcoatl yang sebenarnya mungkin dilahirkan sekitar 947 M. Bapanya, Mixcoatl, merupakan pemerintah puak Toltec. Bailau pada mulanya dinamakan Ce Acatl Topitzin, bererti "Putera Kami Dilahirkan Pada Ce Acatl," hari keramaian penting Toltec. Kelahirannya diikuti dengan tragedi keluarga yang dashyat, bapanya dijatuhkan dan dibunuh oleh saudaranya yang cemburu bernama Ihuitmal. Ibunya yang mengandung, Chimalma, lari ke Tepoztlan. Sebelum meninggal semasa melahirkannya, Chimalma mengistiharkan bahawa anak kecilnya keturunan dewa kerana dia telah menelan sekeping jade biru-hijau.
Dibesarkan oleh datuk/neneknya, Ce Acatl Topitzin dihantar ke sekolah agama di Xochicalco. Di sana, beliau mengkagumkan gurunya dengan kepintarannya dan sifat baiknya sehinggakan mereka memberinya gelaran Quetzalcoatl. Bererti "ular berbalung - plumed serpent," ini merupakan gelaran berprestij yang diberikan kepada mereka yang mempunyai sifat yang baik sebagaimana dimiliki oleh pendita dan wali. Kembali ke Tula, Quetzalcoatl mengingkari bapa saudaranya dengan mengkebumikan mayat bapanya dengan upacara yang setaraf. Beliau kemudian mengambil alih kuasa sebagai ketua Toltecs dengan menolak Ihuitmal yang dibenci kedalam api pengorbanan.
Quetzalcoatl terbukti sebagai pemerintah yang bijak dan maju. Dalam tindakan yang menonjolkan keprihatinan dan fikiran terbukanya, beliau membawa masuk sekumpulan Nonoalcos (pekak-bisu yang berbakat) sebagai artis dalam kerajaannya. Nonoalcos merupakan keturunan artis berbakat Teotihuacan dan merekalah yang menghasilkan reka bentuk menonjol yang menyebabkan Tula terkenal -- tiang ular, tiang segi empat dihias dengan (friezes) dan patung pahlawan gergasi.
Quetzalcoatl juga menghapuskan korban manusia dan mengistiharkan semenjak itu hanya korban ular, bunga, dan burung kecil sahaja yang dibenarkan. Pada ketika ini percanggahan antara sejarah membuat lagenda Quetzalcoatl menjadi kabur. Walaupun para paderi menjadi tersinggung dengan pengharaman korban manusia, hasil daripada perbuatan mereka ini menyifatkan mereka sebagai panglipur lara daripada pakar sejarah yang berwibawa. Berdasarkan versi ini, para paderi telah memuja tuhan purba yang bergelar Texcalipoca, untuk menghapuskan Quetzalcoatl. Texcatlipoca merupakan tuhan yang zalim. Para paderi yang pro-korban manusia pula melihat Quetzalcoatl seperti jantung berdarah yang liberal. Jantung yang diingini oleh mereka hanyalah jantung mangsa yang masih berdegup, dikoyak keluar daripada jasad mereka dan diletakkan di atas para pemujaan.
Untuk memburukkan keadaan, Texcatlipoca menyeludup masuk ke kediaman Quetzacoatl bersama-sama dengan dua dewa kejam lagi zalim dan telah berjaya untuk menakutkan Quetzacoatl dengan menggunakan ciptaan terbaru mereka iaitu sekeping cermin. Bertopengkan persahabatan, mereka telah berjaya mengelirukan Quetzacoatl dengan menyapu cat merah ke atas badan , bulu dan topengnya. Kemudian mereka menjamu beliau dengan hidangan yang enak lagi lazat dan berjaya menyarankan beliau untuk meminum arak pulque yang telah bercampur madu. Hasil daripada pujuk rayu mereka, Quetzacoatl naik mabuk dan dengan arahan Texcatlipoca, mereka berjaya menyeludup masuk penari yang cantik ke kamar tidur beliau. Hari berikutnya, Quetzacoatl terjaga beserta dengan sakit kepala yang teruk. Beliau tersentak apabila mendapati bahawa dirinya telah mencabuli sumpah keramat suci kepaderian.
Dengan kesalan yang amat, Quetzacoatl telah merantau dengan rasa serba salah selama 20 tahun dan terdampar di teluk yang kini dikenali sebagai Teluk Pelabuhan Coatzocoalcos. Di tempat tersebut, beliau mengucapkan selamat tinggal kepada pengikut setianya yang sedang bertangisan. Beliau berjanji untuk kembali kepada mereka pada masa akan datang. Beliau belayar ke Yucatan, di mana beliau menjadi sanjungan kaum Maya yang menggelarnya Kulkulcan. Akhirnya, selepas tiga puluh tahun, beliau meninggal dunia apabila menghumbankan dirinya kedalam unggunan api pembakaran mayat (funeral pyre).
Pada titik ini legenda telah memberi ruang kepada kesusasteraan. Jika Quetzalcoatl mempunyai seorang agen "literary" terutamnya bagi pihak barat, maka agennya ialah seorang friar agama Franciscan bernama Bernardino de Sahagun. Sahagun, yang tiba di Mexico pada 1529, telah mepelajari bahasa Nahuatl, iaitu bahasa kaum Aztek, dan menjadi seorang guru di beberapa sekolah mubaligh yang ditubuhkan oleh keluarga bangsawan di Mexico.
Selama lebih lima puluh tahun, Sahagun bersungguh-sungguh mengumpul data untuk sejarah Mexico. Sebaik sahaja kerjanya selesai beliau telah menghantarnya ke Majlis Puak Indian Council of the Indies di Madrid, Sepanyol. Malangnya usaha keras beliau telah disia-siakan dan ia telah dibiarkan lapuk selama dua abad sehingga akhirnya dicetak pada 1829 dengan jodol Historia General de las Cosas de la Nueva Españia ("Sejarah Am Beberapa Perkara di Sepanyol Baru.")
Sahagun telah dikritik kerana berperanan hanya sebagai pengumpul sastera Aztek dan bukannya menulis sejarah kaum ini secara kreatif dan asli. Namun kerjanya amatlah bernilai terutamanya sajak-sajak yang menaikkan semangat seperti Lagu Quetzalcoatl The Song of Quetzalcoatl. Sajak ini antara lain berbunyi:
Segala puji bagi ketua dewa
Nujum Quetzalcoatl:
Mendapat kehormatan rakyatnya.
Sucikan namanya dan suci;
Pemujaan ditawarkan kepadanya
Pada hari-hari di Tula purba.
Sungguh aneh bagaimana Quetzalcoatl boleh berubah ke lelaki berkulit putih. Apabila bala tentera Cortes mendarat di Mexico, kaum Aztek boleh memusnahkannya dengan bilangannya yang amat besar. Namun Moctezuma II takut untuk menyerangnya kerana kepercayaannya yang karut dengan legenda Quetzalcoatl.