Ragnarok the Animation
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Ragnarok the Animation | |
![]() |
|
RAGNAROK THE ANIMATION () | |
Genre | Pengembaraan, Drama, Komedi |
Kartun animasi TV | |
---|---|
Diarah oleh | Seiji Kishi |
Studio | G&G Entertainment |
Rangkaian | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Siaran pertama | 2004 – 2005![]() ![]() |
Bilangan episod | 26 |
Ragnarok the Animation merupakan siri anime berasaskan permainan MMORPG Ragnarok Online, yang diterbit pada suku pertama 2004 dan disiarkan di TV Tokyo, Jepun. Pada 2005, siri ini disiarkan di SBS di Korea. Ragnarok the Animation mengandungi 26 episod, dan ini bakal dituruti musim kedua. Siri ini pernah disiarkan di Malaysia melalui saluran ntv7 dari 11 September 2005 hingga 5 Mac 2006. Pada 22 Januari 2007, FUNimation Entertainment mengumumkan perlesenan A.S. bagi anime Ragnarok dalam laman web Kickoff 07.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Kisah
Cerita ini berlatarkan dunia Rune-Midgard yang kelihatan ceria dan cergas, namun makin larut jalan ceritanya, makin gelap suasananya. Penjahat bernama Dark Lord ingin menghuru-harakan dunia dengan menggunakan tujuh butir kristal yang melambangkan tujuh impian (atau tujuh kekuatan) yang telah mengurungnya dari dunia luar sejak bertahun lama.
[Sunting] Watak
[Sunting] Watak utama
- Roan—swordsman (pemedang) dalam cerita yang hendak mengumpul tenaga demi melindungi rakan karibnya Yuufa.
- Yufa—acolyte (penyembuh) dan sahabat karib Roan yang masih terkenang pemergian abangnya Keough.
- Takius—mage (ahli sihir) yang dilitup matanya oleh gurunya Zephyr, kononnya untuk membantunya mencari "kebenaran" di dunia.
- Maaya—merchant (saudagar) yang bersikap suka mengambil kesempatan dan mengamalkan cara niaga yang meragukan. Diiringi Poring peliharaannya bernama Poy-Poy.
- Iruga—assasin (pembunuh) yang pernah berkawan dengan Keough sewaktu muda yang melindungi Roan dan Yufa dalam perjalananna kerana terkenang kematian Keough.
- Judia—hunter (pemburu) yang mahir menggunakan panah dan berhubungan rapat dengan Iruga.
[Sunting] Watak jahat utama
- Dark Lord—lambang kejahatan terulung di Rune-Midgard yang mampu menggugat keamanan dunia meskipun dikurung oleh Tujuh Impian.
- Keough—abang kepada Yufa yang terkorban dalam pertembungan dengan raksasa Abysmal Knight di Glast Heim tetapi dibangkitkan semula dan dijadikan hamba oleh Dark Lord.
- Zephyr—guru Takius yang kaya dengan ilmu sihir tetapi jiwanya dipenuhi ketidaksiumanan lalu memberi laluan kepada Dark Lord untuk memanipulasinya.
- Zealotus—baka separuh raksasa, separuh manusia yang mengalami perjudis dari komuniti manusia lalu mengembangkan rasa benci terhadap manusia.