Rais Yatim
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim (lahir 15 April 1942) merupakan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.
[Sunting] Kehidupan awal
Dilahirkan di Jelebu, Negeri Sembilan. Pernah menjadi guru bahasa selepas taman perguruan di Institut Bahasa Lembah Pantai pada tahun 1964. Melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di High University of Singapore dan menerima ijazah pertama pada tahun 1973. Memperolehi ijazah kedoktoran undang-undang dari University of London pada 1994.
[Sunting] Politik
Memulakan kerjaya politiknya dengan menjadi Setiausaha Parlimen, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (1974-1976), Timbalan Menteri Undang-undang (1976-1977), dan Timbalan Menteri Dalam Negeri (1977-1978).
Datuk Dr. Rais pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan dari tahun 1978 hingga 1982.
Penyandang Terdahulu | Menteri Besar Negeri Sembilan 12 Julai 1978 – 29 April 1982 |
Penyandang Kemudian |
Dato' Mansor bin Othman | Tan Sri Isa Abdul Samad |