Raja Tun Mohar Raja Badiozaman
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Allahyarham Yang Mulia Raja Tun Mohar Raja Badiozaman dilahirkan pada 23 March 1922 di bandar di Raja Kuala Kangsar. Beliau kemudiannya mendapat pendidikan di sekolah Clifford di sana sebelum melanjutkan penggajiannya di Kolej Raffles di Singapura. Kemudian dia mendapat ijazah (Bachelor of Arts) dengan kepujian dalam Ekonomi di Universiti Cambridge dan Diploma dalam Sains Pertanian di Oxford. Raja Tun Mohar kemudiannya menyertai Khidmat Pentakbiran Melayu 1938. Semenjak itu, selama 33 tahun dia menjawat pelbagai kedudukan dalam khidmat awam sehingga perlantikan sebagai Setiausaha Am (Secretary General) Kementerian Kewangan. Pada tahun 1972, dia dilantik sebagai Penasihat Khas Ekonomi kepada Perdana Menteri. Raja Tun Mohar merupakan satu-satunya orang yang pernah berkhidmat dalam jawatan ini kepada tiga oerang Perdana Menteri, semenjak Tun Razak hingga Tun Hussein hingga Tun Mahathir. Dalam tempoh ini dia turut merupakan Pengerusi Syarikat Penerbangan Malaysia (Malaysian Airlines), Pengerusi Korporasi Kemajuan Perlancongan Malaysia, Pengerusi Bank Islam Malaysia, Pengerusi Yayasan Tun Razak, dan sehingga meninggal, beliau merupakan, antara lain, Pengerusi PERODUA.
Pada tahun 1977, Raja Tun Mohar merupakan pengasas Presiden Persatuan Ekonomi Malaysia-Jepun (MAJECA - Malaysia-Japan Economic Association). Beliau kekal sebagai presiden sehingga 2002 dan pada bulan May tahun yang sama, telah dilantik sebagai Presiden Sepanjang Hayat (Life President). Beliau memainkan peranan yang penting dalam memajukan hubungan dua-hala dalam perdagangan dan pengilangan antara Malaysia - Jepun yang mewujudkan kehadiran syarikat Jepun di sini.
Selepas kematian beliau, Anugerah Peningkatan Hidup Raja Mohar (RAMLEA - Raja Mohar Life Enrichment Awards) ditubuhkan bagi memperingati sumbangan beliau.
Penyandang Terdahulu | Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia 1971 – 1972 |
Penyandang Kemudian |
Y. Bhg. Tan Sri Mohd. Shariff Abdul Samad | Y. Bhg. Tan Sri Abdullah Ayub |