Rutherford B. Hayes
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Rutherford Birchard Hayes | |
Presiden Amerika Syarikat Ke-19 | |
---|---|
Tempoh jawatan | |
4 Maret 1877 – 4 Maret 1881 | |
Naib Presiden | William A. Wheeler |
Didahului oleh | Ulysses S. Grant |
Diwarisi oleh | James A. Garfield |
Kelahiran | 4 Oktober 1822 Delaware, Ohio |
Kematian | 17 Januari 1893 Fremont, Ohio |
Parti politik |
Republik |
Pasangan | Lucy Ware Hayes |
Agama | Tiada |
Tandatangan |
Rutherford B. Hayes ialah presiden Amerika Syarikat yang ke-19 dan memegang jawatan pada tahun 1877 hingga 1881. Ia juga pernah memegang jawatan sebagai ahli politik Amerika, peguam, dan pemimpin tentera.
[Sunting] Masa kecil dan kerjaya
Hayes dilahirkan di Delaware, Ohio pada tanggal 4 Oktober 1822. Ayahnya seorang petani dan meninggal dunia sebelum ia dilahirkan.
Rutherford Hayes menamatkan sekolah undang-undangnya di Universiti Harvard pada usia 23 tahun. Setelah lulus ia menjalankan praktek hukum selama beberapa tahun hingga Perang Saudara Amerika pecah. Ia lalu bergabung dengan dinas Angkatan Darat Amerika dan pangkatnya naik hingga Major Jeneral brevet, yang bererti walaupun berpangkat Major Jeneral gajinya setara dengan Briged Jeneral.
[Sunting] Masa presiden
Pada 1876 dalam usianya yang ke-54 tahun, Hayes dipilih oleh Parti Repubik sebagai calon Presiden. Pada saat berkempennya Mark Twain, pengarang dan humoris Amerika yang termasyhur, ikut mendukungnya. Namun walaupun begitu Hayes hampir yakin Parti Demokrat akan menang dalam pemilihan umum, lebih-lebih lagi setelah hasil mula-mula pemilihan umum mulai masuk dan menunjukkan tanda-tanda bahawa Partai Demokrat memang akan menang. Hayes pergi tidur dengan keyakinan bahwa ia telah kalah dalam pemilihan.
Pada kenyataannya, walaupun Hayes mendapat 250 ribu suara lebih sedikit daripada lawannya, pemungutan suara dalam Dewan Pemilih menentukan bahwa Hayeslah yang terpilih untuk menjadi Presiden ke-19. Kemenangan Hayes dalam pemilihan ini menjadi bukti bahawa di Amerika Syarikat, seorang calon Presiden dapat memenangi pemilihan Presiden sekalipun ia mendapat lebih sedikit suara daripada lawannya.
Hayes didampingi oleh William A. Wheeler sebagai wakil presiden.
Sebagai Presiden, Hayes berusaha melenyapkan pertikaian antara golongan-golongan dikalangan rakyat Amerika, yang menjadi semakin mendalam selama pemerintahan sebelumnya.
Namun kerana tindakan-tindakan yang diambilnya, Ia banyak kehilangan kesetiaan rakyat dan pemimpin-pemimpin Parti Republik. Seandainya ia berniat untuk mencalonkan diri lagi untuk menjadi presiden, ia memiliki banyak lawan dari dalam Parti Republik akan menghalanginya, namun bahkan pada masa presidenannya Hayes telah mengumumkan ketidaksediaannya untuk menjadi Presiden kedua kalinya.
Pada tahun 1881 saat masa jabatannya berakhir, ia pindah ke kampung halamannya di Ohio, dan selama 12 tahun sisa hidupnya ia giat dalam memajukan bidang pendidikan dan amal jariah.
Rutherford B. Hayes meninggal dunia pada 1893, empat tahun setelah isterinya meninggal dunia. Ia meninggalkan tujuh orang putera dan seorang puteri.
[Sunting] Rujukan
- Buku Presiden - Presiden Amerika Serikat, diterbitkan oleh Dinas Penerangan dan Kebudayaan Amerika Serikat, Jakarta (2003)
Presiden-presiden Amerika Syarikat | |
---|---|
Washington • J Adams • Jefferson • Madison • Monroe • JQ Adams • Jackson • Van Buren • W Harrison • Tyler • Polk • Taylor • Fillmore • Pierce • Buchanan • Lincoln • A Johnson • Grant • Hayes • Garfield • Arthur • Cleveland • B Harrison • Cleveland • McKinley • T Roosevelt • Taft • Wilson • Harding • Coolidge • Hoover • F Roosevelt • Truman • Eisenhower • Kennedy • L Johnson • Nixon • Ford • Carter • Reagan • GHW Bush • Clinton • GW Bush |