Samurai X
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Samurai X atau Rurouni Kenshin yang juga manga terjemahannya yang bertajuk Satria Pedang adalah siri animasi dan manga dari Jepun. Animenya telah disiarkan menerusi NTV7 di Malaysia manakala komik manganya telah tamat diterbitkan oleh Comics House.
[Sunting] Kisah
Ceritanya mengisahkan seorang "battohsai" legenda yang handal dan telah bersumpah tidak ingin membunuh orang dengan pedang lagi setelah tamatnya perang. Kemudian, dia tinggal bersama dengan seorang wanita dan mulai saat itu, hidupnya sebagai bekas "battohsai" bermula dengan pelbagai cabaran bersama rakan-rakan dan kekasihnya dalam menghadapi musuh.