Samy Vellu
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Datuk Seri Samy Vellu a/l Sangalimuthu (Lahir 8 Mac 1936), lebih dikenali sebagai Samy Vellu, adalah seorang ahli politik berketurunan India dan seorang ahli arkitek berdaftar. Beliau merupakan Presiden MIC dan telah memegang jawatan berkenaan sejak 1979. Beliau merupakan Menteri Kerja Raya.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Kehidupan awal
Kedua ibu bapanya merupakan seorang penoreh getah di Kluang, Johor, bersama-sama imigran India yang lain yang dibawa oleh penjajah British bekerja di ladang-ladang getah. Semasa remajanya, beliau pernah menjadi konduktor bas di GTC Bus Company, syarikat pengangkutan tempatan pada 1950. Kemudian beliau menjadi budak pejabat di sebuah firma arkitek.
[Sunting] Keluarga
Samy Vellu mempunyai seorang anak lelaki, Vell Paari, 37 dan seorang anak perempuan. Beliau berkahwin dengan Datin Seri Indrani, isteri kedua beliau. Menantunya, Shaila Nair merupakan penyanyi terkenal yang selalu mengadakan persembahan di Malaysia dan Singapura.
[Sunting] Kerjaya politik
Pada 1961, beliau bertanding kerusi di MIC Selangor tetapi kalah. Tahun berikutnya, beliau dilantik menjadi Pengerusi Biro Kebudayaan MIC. Pada 1967, belaiu dilantik memegang jawatan Setiausaha MIC Selangor dan pada 1972, beliau dikenali sebagai seorang arkitek. Dua tahun kemudian, beliau bertanding dan memenangi kerusi Parlimen Sungai Siput.
Dengan sokongan dan popularitinya dalam parti, beliau telah dipilih sebagai Naib Presiden MIC. Beliau mengalahkan pencabarnya, S. Subramaniam, yang ketika itu Setiausaha Agung MIC dengan majoriti 26 undi. Kemudian, beliau dilantik sebagai Timbalan Presiden dan pada tahun 1979, beliau dilantik menjadi Presiden MIC.
Beliau dipilih menganggotai kabinet pertama kali pada 1979 dan dilantik sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Dari tahun 1979 hingga 1989, beliau dilantik sebagai Menteri Kerja Raya. Kemudian dari tahun 1989 hingga 1995, beliau dilantik sebagai Menteri Tenaga, Komunikasi dan Pos. Kini beliau memegang semula jawatan sebagai Menteri Kerja Raya dan merupakan antara 3 orang menteri yang paling lama memegang jawatan menteri selepas Datuk Seri Lim Keng Yaik dan Datuk Seri Rafidah Aziz.
[Sunting] Isu-isu kontroversi
Sejak memegang portfolio sebagai Menteri Kerjaraya, Malaysia, Samy didakwa terlibat dengan beberapa skandal wang dan penyelewengan kerja dalam beberapa projek pembinaan di Malaysia, termasuklah penemuan kulat @ fungus yang tumbuh di sistem hawa dingin pada teater operasi di Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru bersama-sama dengan retakan panjang pada MRR2, suatu lebuh raya pintasan di Ampang [1]. Samy juga selalu dituduh memiliki banyak saham pada syarikat-syarikat Malaysia. [2]
Penyandang Terdahulu | Presiden MIC 1979 – Kini |
Penyandang Kemudian |
Tan Sri Dato V. Manikavasagam |
Penyandang |
Penyandang Terdahulu | Menteri Kerjaraya ???? – Kini |
Penyandang Kemudian |
???? |
Penyandang |