Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (SMSTMFP) yang pada asalnya bernama Sekolah Menengah Sains Kelantan (SMSK) merupakan salah satu daripada 10 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) secara percubaan pada tahun 1973 bagi mematuhi aspirasi Dasar Ekonomi Baru seperti yang dijelaskan dalam Buku Merah Rancangan Malaysia kedua 1971-1975.
Sekolah ini telah dibuka secara rasmi pada 1 Januari 1973 dengan seramai 234 orang pelajar yang terpilih berdasarkan peperiksaan Penilaian Darjah 5 1971. Sebanyak 6 kelas tingkatan satu dengan 11 orang guru lepasan maktab telah ditumpangkan di Sekolah Menengah Ismail Petra, Kota Bharu yang mana Guru Besar sekolah itu, En.Alwi b. Hj.Ahmad telah ditugaskan sebagai penyelia. Pengetua yang pertama ialah En.Mahathir b.Hashim yang telah memulakan tugasnya pada 16 November 1973 .
Kampus tetap SMSTMFP ini mula diduduki pada 11 Januari 1974 serentak dengan pengambilan pelajar baru pada tahun berkenaan.Majlis perasmian pembukaan kampus SMSTMFP telah dilakukan oleh Pemangku Sultan Kelantan ketika itu iaitu Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, Sultan Kelantan sekarang, pada Ahad ,14 Julai 1974.
Pada 21 Mei 1981 seramai 95 orang pelajar telah diterima masuk untuk memulakan Kursus Matrikulasi UKM. Upacara perasmian telah dilaksanakan oleh Naib Canselor UKM pada masa itu , Profesor Awang Had b. Salleh pada 28 Mei 1981 bertempat di dewan besar SMSTMFP. (Mulai tahun 1999, Kursus Matrikulasi di sekolah berakhir dan diambil alih oleh Kementerian Pendidikan secara langsung ) .
Pada tahun 1986, SMS Kelantan bertukar nama menjadi Sekolah Tengku Muhammad Faris Petra sempena nama Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan.Pada tahun 1995 nama sekolah ditukar sekali lagi kepada Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, sekaligus mengimbas kembali matlamat penubuhan SBP untuk meningkatkan jumlah pelajar bumiputera khususnya luar bandar dalam aliran sains.
[Sunting] Pelajar Dan Bekas Pelajar
Kebanyakkan bekas pelajar telah menjadi ahli-ahli professional seperti dalam bidang kedoktoran, kejuruteraan, perniaggan, ahli korporat, pegawai tinggi kerajaan, ahli akademik, dan juga ahli politik. Salah seorang ahli politik yang berjaya adalah En. Hamim Samuri (Parlimen Ledang, Johor). Persatuan Alumni dikenali sebagai SEMESTA telah ditubuhkan sebagai mengenang jasa sekolah kepada pendidikan para pelajarnya. Pada tahun 2004, SEMESTA telah mendermakan sebuah masjid (dikenali sebagai Masjid SEMESTA) yang bernilai RM600,000.00 kepada sekolah dan kariah di persekitaran SMSTMFP sebagai mengenang jasa sekolah. Kos pembinaan adalah dibiayai sepenuhnya oleh pihak alumni dan juga kutipan oleh PIBG.
[Sunting] Senarai Pengetua
- 16 Nov. 1973—20 Feb. 1977: En. Mahadzir Hashim, B.A (Hons.) UM, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
- 01 Mac 1977—14 Dis. 1977: Pn. Hjh. Rahmah Hussain, B.A (Hons.) UM, Dip. Ed.
- 15 Dis. 1977—31 Mac 1979: Tn.Hj. Hamdan Abdul Rahman, B.A (Hons.), M.A UM, Dip. Ed.
- 01 Apr. 1979—31 Ogos 1984: En. Zakaria Puteh, B.A (Hons.) UM, M.Ed. UM.
- 01 Dis. 1984—15 Jun 1993: Dato' Hj. Shafii Hj. Ismail, B.A (Hons.) UM, Dip. Ed.
- 04 Jul. 1993—30 Ogos 1995: En. Ishak Sin, M.Ed. UKM, B.A. UM, Dip. Ed. (Sekarang Dr. Ishak Sin di UUM)
- 01 Jul. 1995—01 Jun 1996: Tn. Hj. Sidi Omar Mat Jusoh, B.A (Hons.) UM, Dip. Ed.
- 25 Jun 1996—16 Jul. 1999: Tn. Hj. Wan Mat Tahir Abdullah, B.A (Hons.) UM, Dip. Ed.
- 16 Jul. 1999—Sekarang: En. Wan Hamzah Wan Daud, M.Ed. B.A.(Hons.), Dip. Ed., Dip.Psych. (Counseling)