Senarai Hokage
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Berikut ialah senarai nama Hokage yang telah atau masih berkhidmat dalam Konoha.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Hokage Pertama
Beliau merupakan pengasas kampung Konoha. Beliau juga ialah abang kepada Yang Kedua dan datuk kepada Tsunade yang kini merupakan Hokage Kelima. Beliau melihat penduduk kampung sebagai sebahagian daripada dirinya dan sentiasa mengutamakan kepentingan mereka. Rohnya telah dikurung dalam salah satu klon bayang Hokage Ketiga selepas dihidupkan semula oleh Orochimaru.
Telah didedahkan juga bahawa Orochimaru menggunakan DNA beliau dalam satu eksperimen genetik dengan menyuntik DNA beliau kepada 60 subjek uji kaji. Hanya seorang sahaja yang tidak terkorban - Yamato. Orochimaru sebenarnya cuba mereplikasi jurus Yang Pertama yang unik iaitu teknik 'Mokuton, 木遁' ( Elemen Gabungan: Kayu) dan kebolehan mengawal syaitan berekor. Kebolehan ini dibantu oleh rantai yang diberikan kepada Tsunade dan kemudiannya diberikan kepada Naruto setelah Tsunade tewas dalam pertaruhan.
Dalam manga bab 336, Kakuzu pernah bertarung dengan Yang Pertama.
[Sunting] Hokage Kedua
Merupakan adik kepada Hokage Pertama. Beliau banyak menyumbang terhadap pembangunan Konoha sebagai kuasa utuh. Beliau juga amat bangga akan keupayaan kombat yang tinggi dan sangat mahir mengendalikan jurus berelemen air (beliau tidak perlu berada berhampiran dengan sumber air untuk melakukan jurus tersebut). Merupakan guru kepada Hokage Ketiga, Mitokado Homura dan Utatane Koharu. Rohnya telah dikurung dalam salah satu klon bayang Hokage Ketiga selepas dihidupkan semula oleh Orochimaru.
Dalam anime, bekas Jonin Konoha Rokusho Aoi pernah mengatakan bahawa Hokage Kedua terkenal dengan pedang Raijinnya. Pedang tersebut diperbuat daripada tenaga tulen dan boleh ditarik masuk ke dalam hulunya. Anak murid Aoi, Morino Idate mencuri pedang tersebut dan menyerahkan pedang itu kepada Aoi dengan harapan dia dapat menjadi seorang Chunin. Aoi mendakwa bahawa pengguna pedang Raijin adalah kebal dalam mana-mana pertarungan. Dia dibuktikan salah apabila pedang Raijin retak dan pecah sebagai akibat Chidori dan Rasengan yang masing-masing dihasilkan oleh Uchiha Sasuke dan Uzumaki Naruto.
[Sunting] Hokage Ketiga
Lihat artikel utama Hokage Ketiga
[Sunting] Hokage Keempat
Dikenali sebagai 'Kilat Kuning Konoha'. Beliau ialah seorang ninja yang amat berani dan telah mengurung Kyubbi dalam Naruto. Beliau dikatakan ialah ninja terhandal yang pernah dilahirkan oleh Konoha. Sebelum mengurung Kyubi dalam tubuh Naruto, Yang Keempat mengatakan bahawa dia tidak mahu Naruto dilihat sebagai bekas menyimpan semangat Kyubi, tetapi sebagai wira yang menyelamatkan Konoha daripada kemusnahan. Permintaan ini tidak dikabulkan oleh penduduk kampung. Beliau merupakan anak murid kepada Jiraiya dan guru kepada Hatake Kakashi, Uchiha Obito dan Rin.
Yang Keempat mempunyai banyak ciri yang sama dengan Naruto. Mereka berdua memiliki rambut berwarna kuning, kumpulan darah yang sama (B) dan personaliti yang tidak berbeza seperti yang dikatakan oleh Jiraiya. Uchiha Itachi pernah menggelar Naruto sebagai 'peninggalan' Yang Keempat. Tambahan pula, sebelum Jiraiya menolak Naruto ke dalam gaung supaya Naruto boleh menyeru kuasa Kyubi, Jiraiya berkata, "Harap maaf, Yang Keempat." Setakat ini, nama sebenar, sejarah hidup dan hubungan kekeluargaan dengan mana-mana watak tidak didedahkan.
Yang Keempat telah mencipta beberapa teknik yang hebat seperti 'Hiraishin no Jutsu, 飛雷神の術' (Jurus Dewa Guruh Terbang) dan 'Rasengan'. Jurus terakhir tersebut sebenarnya belum lengkap; Yang Keempat berhajat untuk menggabungkan jurus ini dengan elemen chakranya tetapi tidak sempat kerana telah terkorban setelah mengurung Kyubi.
[Sunting] Hokage Kelima
Lihat artikel utama Tsunade
[Sunting] Sumber-sumber
- Buku Data Rasmi Pertama (秘伝・臨の書キャラクターオフィシャルデータBOOK Buku Watak Rasmi?)
- Buku Data Rasmi Kedua (秘伝・闘の書キャラクターオフィシャルデータBOOK Hiden: Tō no Sho Character Buku Watak Rasmi?)
- Buku Data Mini Hero Jump ke-2 (秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi?)
- Buku panduan anime dan manga Naruto (秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi?)
- Diambil secara terus daripada babak manga dan episod anime Naruto.
Naruto | |
---|---|
Dunia Naruto | |
Francais: | Senarai episod | Senarai permainan video | Senarai media |
Plot: | Cerita | Naruto II |
Negeri-negeri: | Geografi | Negeri Api | Negeri Ombak | Negeri Angin | Negeri Bunyi |
Jutsu: | Fūin jutsu | Genjutsu | Juin jutsu | Kekkei genkai | Ninjutsu | Taijutsu |
Filem: | Naruto the Movie | Naruto the Movie 2 | Naruto the Movie 3 |
Lain-lain: | Pangkat ninja | Kedai Ichiraku Ramen | Boneka |
Watak-watak | |
Utama: | Uzumaki Naruto | Haruno Sakura | Uchiha Sasuke | Hatake Kakashi | Sai |
Tambahan: | Aburame Shino, Hyuga Hinata & Inuzuka Kiba (Pasukan Kurenai) Akimichi Choji, Nara Shikamaru & Yamanaka Ino (Pasukan Asuma) Hyuga Neji, Rock Lee & Tenten (Pasukan Gai) Gaara, Kankuro & Temari (Saudara Pasir) |
Dewasa: | Jiraiya dan Tsunade (dari Lagenda Bertiga) | Hokage Ketiga | Maito Gai | Sarutobi Asuma | Yuhi Kurenai | Baki | Yamato |
Konoha-nin: | Genin | Chunin | Jonin | Hokage | Ninja-ninja lain |
Puak: | Keluarga Hyuga | Keluarga Uchiha | Keluarga-keluarga lain |
Musuh: | Momochi Zabuza dan Haku | Orochimaru (dari Lagenda Bertiga) dan Yakushi Kabuto | Akatsuki | Musuh-musuh lain |
Haiwan: | Biju | Haiwan seruan |