Seri Pahlawan Gagah Perkasa
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.) merupakan pangkat yang tertinggi antara lima pangkat dalam darjah-darjah Gagah Perkasa. Darjah-darjah Gagah Perkasa merupakan darjah kelapan antara sepuluh darjah Anugerah Diraja Malaysia. S.P. juga merupakan anugerah yang tertinggi sekali dan yang paling kanan dalam senarai keutamaan anugerah Persekutuan.
Bintang Kehormat S.P. dikurniakan kepada sesiapa sahaja yang telah menunjukkan keberanian luar biasa atau telah melakukan sesuatu dengan gagah berani serta penuh pengorbanan.
[Sunting] Senarai Penerima Anugerah Seri Pahlawan Gagah Perkasa
- Leftenan Jeneral Dato' Seri Zaini Hj Mohd Said
- Kapten Hamid Awang
- Allahyarham Mejar Zainal Abdul Rashid
- Mendiang Kapten Mohana Chandran Al Velayuthan
- Allahyarham Leftenan Muda Abd Hamid Ismail
- Allahyarham Leftenan Muda Abd Razak Husain
- Pegawai Waran I (B) Kanang Ak Langkau
- Pegawai Waran II Lenggu Ak Cina
- Allahyarham Koperal Mat Aznan Awang
- Allahyarham Lans Koperal Saimon Tarikat
- Allahyarham Trooper Rasli Buang