Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Sharifah Amani merupakan seorang pelakon di Malaysia. Amani anak kepada pasangan Syed Zainal Rashid Al-Yahya dan Fatimah Abu Bakar. Dia anak kedua dari empat beradik yang kesemuanya perempuan. Mereka adalah Sharifah Aleya, Sharifah Amani, Sharifah Aleysha, dan Sharifah Aryana.
Amani pernah bergelar Pelakon Harapan Wanita menerusi filem Sepet pada Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM18). Amani atau lebih mesra sebagai Nani dinobatkan pula sebagai Pelakon Wanita Terbaik menerusi Gubra. Sepet dan Gubra adalah arahan Yasmin Ahmad.
Sharifah Amani juga menjadi pengacara di dalam rancangan muzikal, Latido di TV9.
[Sunting] Filem
- Sepet
- Gubra
- Cinta
- Puaka Tebing Biru - arahan Osman Ali
- Mukhsin - arahan Yasmin Ahmad
- Possessed - arahan Bjarne Wong