Silat Firasah
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Pendahuluan:
Silat Firasah [SF] adalah satu lagi koleksi keilmuan persilatan warisan bangsa Melayu yang berasaskan agama Islam yang selama ini wujud tanpa disedari oleh masyarakat di Negara ini Malaysia. Keadaan ini berlaku oleh kerana Guru Utama Pengasas Ilmu [singkatannya, GUPI] Silat Firasah, Tuan Haji Mat Tahir bin Aral (kini berusia 75 tahun) bekas seorang Ahli Jawatankuasa Perbandaran Kajang, hanya menumpukan pengajaran keilmuannya secara tidak resmi dan berasaskan jalinan peribadi / individu yang mengetahuinya melalui mulut ke mulut semenjak tahun 1960. Semenjak itu, ramai individu telah mendatang dan mempelajarinya dari pelbagai kalangan / peringkat masyarakat dan pelusuk negeri. Keilmuan SF lebih dikenali di antara pengamal-pengamal terawal sebagai “Keilmuan Persilatan Hidup dan Akhirat” yang membawa maksud:
Ia tidak terikat semata-mata di gelanggang, sepertimana lazimnya keilmuan persilatan yang lain, malah ia lebih fokus kepada amanah dan tujuan asal penciptaan manusia oleh Ilahi dan realiti, iaitu, menyediakan pengamal-pengamalnya menghadapi dan mempertahankan diri masing-masing dari musuh-musuh yang berbentuk samada Ruhaniah mahu pun Lahiriah:
- Hubungan di antara Manusia dengan Penciptanya [Allah swt];
- Manusia dengan Manusia [kemasyarakatan], dan;
- Manusia dengan Alam persekelilingannya.
Rangkuman keilmuan tersebut bersesuaian dengan namanya “Silat Firasah” yang mana pengtakrifannnya tidak sepertimana lazim digunapakai oleh hampir keseluruhan system persilatan masa kini. Kata akarnya jelas lagi nyata bersumberkan dari Al-Qur’an dan As-Sunnah.
[Sunting] Takrif Silat Firasah
Sumber: Hj Idris bin Alimuda
[Sunting] Faktor Kemenangan
Sumber: Hj Idris bin Alimuda
[Sunting] Ahli
Buat masa ini Silat Firasah United Kingdom SF[UK] diwakili oleh 3 ahli:
- Abdul Rahim bin Abdullah @ Nick Carla (London), semenjak 2003
- Puan Sabah Iqbal Khan (London), semenjak 2003, dan;
- Muhd. Syaiful Ibrahim bin Abdullah @ Simon Das (London). Beliau juga merupakan pengasas Silat Kesateria yang berpusat di London, England, semenjak 2004.
Ahli kehormat Sahabat Silat Firasah [AKSSF]
- Mr Chris Parker sejak Cheltenham, 1976 dari Nottingham, England. Beliau ialah Pengasas Silat Fitrah.
[Sunting] Teras keilmuan & imbangan
Keilmuan Silat Firasah berteraskan imbangan ruhaniah, lahiriah dan akal:
- Sains
- Falsafah & Psikologi Islam [Intellek];
- Agama [Ad Diin Islam], dan;
- Seni dan Teknik [Gerak Silat].
Sumber-sumber dogengan atau hearsay ditolak sama sekal
Keilmuan dan amalan Silat Firasah lebih tertumpu kepada persediaan individu untuk "PERSILATAN HIDUP". Ruang lingkupnya lebih luas dari takrif silat yang lazim digunapakai atau difahami oleh masyarakat umum.
[Sunting] Pautan luar
- YouTube: Seni Silat Kesateria
- Forum ukbaguainstitute