Silat Kuntau Tekpi
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Seni Silat Kuntau Tekpi ialah sejenis ilmu mempertahankan diri yang telah lama wujud di zaman Sultan Ahmad Tajuddin Shah, Sultan negeri Kedah pada kurun ke-18. Ia dipelopori oleh seorang Panglima Istana bernama Panglima Taib Bin Wan Hussin. Silat ini diajar hanya di kalangan panglima dan pengawal istana serta hulubalang bagi menentang serangan Siam dan musuh lain ketika itu.
Panglima Taib telah mewariskan ilmu ini kepada anak kandungnya bernama Siti Aminah yang dikenali dengan gelaran ‘Srikandi Kedah’. Gelaran ini dianugerahkan oleh Sultan Kedah pda masa itu atas jasanya membantu ayahnya (Panglima Taib) menghantar bunga emas ke Siam ketika itu. Silat ini kemudiannya diwarisi oleh anak Siti Aminah bernama Tuan Haji Zainol Abidin bin Endut dan seterusnya diwarisi pula oleh anak Zainol Abidin iaitu A. Sani.
Senjata utama silat ini dikenali sebagai tekpi iaitu besi bercabang tiga yang juga telah dikenali sebagai "Raja Segala Senjata" yang telah terbukti boleh mematikan segala senjata tajam.
Silat ini mempunyai kaedah buah-buah pukulan serta tangkapan yang kemas. Semua pergerakan dan tangkisan adalah sesuai dengan pergerakan fitrah diri manusia, tidak mengira peringkat umur, mahupun lelaki ataupun perempuan.
Silat ini menitikberatkan aspek mempertahankan diri sekiranya diserang tetapi akan menyerang sekiranya terdesak.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Pengertian
SENI adalah satu gerak rohani yang diajar kepada peringkat menengah.
SILAT adalah gerak jasmani yang mana terdiri dari menangkis dan menyerang bagi mempertahankan diri.
KUNTAU adalah pergerakan & kaedah beladiri, yang keras dan mantap.
TEKPI adalah senjata melayu yang menjadi senjata rasmi silat ini.
[Sunting] Matlamat
- Menghidupkan semula dan memperkenalkan pusaka bangsa Melayu yang merupakan seni kebudayaan yang hampir pupus.
- Menanam semangat cintakan seni dan budaya bangsa Melayu.
- Menghidupkan semangat Panglima dalam diri para pesilat bagi menentang segala pencerobohan.
- Untuk menjauhkan pemuda-pemudi dari melibatkan diri dalam sebarang jenayah dan maksiat.
- Menentang segala unsur-unsur berbentuk tahyul dan khurafat dan menguatkan iktikad.
[Sunting] Ikrar
Tidak boleh menderhaka kepada:
- Kedua ibu-bapa.
- Guru.
- Saudara yang tua.
- Saudara yang muda.
- Saudara seperguruan.
- Tidak boleh mencaci segala rupabentuk silat yang lain.
[Sunting] Peringkat
Secara asasnya, silat ini mempunyai beberapa tangkisan serta mempunyai 21 buah asas, 21 buah kemahiran, 21 buah makanbalik, 7 pukulan tekpi 1 dan 7 pukulan tekpi 2.
- Talipinggang Putih - 21 buah asas
- Talipinggang Kuning - 21 buah meningkat
- Talipinggang Merah - 21 buah makan-balik
- Talipinggang Coklat - 14 buah tekpi 1 & 2
- Talipinggang Hitam - Buah tangkapan/kuncian peringkat tinggi