Silinder Cyrus
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Silinder Cyrus adalah artifak dari zaman Empayar Parsi yang mengandungi perisytiharan Cyrus Agung yang tertulis dalam tulisan pepaku Babylonia (bahasa Akkadian) pada silinder tanah liat. Ketika menawan Babylon, Cyrus Agung membuat perisyhtiharan ini yang mengandungi kisah mengenai pencapaiannya, akta-akta hak kemanusiaan, serta pohon salasilah keluarga dirajanya.
Shah Mohammad Reza Pahlavi mendakwa bahawa perisytiharan tersebut adalah titik permulaan sejarah perjuangan hak kemanusiaan. Ini disokong oleh peristyiharan tersebut yang memberikan hak untuk mendirikan semula patung dewa yang telah diharamkan oleh raja Babylon, serta juga kebebasan beragama.
Silinder Cyrus ditemui oleh Hormuzd Rassam, ahli arkeologi Assyria-British, pada tahun 1879 di asas candi Esagila, iaitu candi untuk dewa Marduk di Babylon, dan kini tersimpan di Muzium British di London. [1]
[Sunting] Rujukan
- ↑ Muhammad Dandamaev, Silinder Cyrus, dalam karya E. Yarshater (ed.), Ensiklopedia Iranica, Jilid VI, 1993, m.s. 521
Rencana ini merupakan rencana stub. Bantulah Wikipedia mengembangkannya. |