Simbol-simbol kebangsaan Singapura
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Bendera
Lihat: Bendera Singapura
[Sunting] Lambang negara
Lihat: Lambang negara Singapura
[Sunting] Lagu kebangsaan
Lihat: Majulah Singapura
[Sunting] Ikrar
Ikrar negara Singapura dikarang oleh Encik S Rajaratnam pada tahun 1966, berlatar-belakangkan insiden perusuhan kaum Cina-Melayu yang berleluasa dari tahun 50 ke 60-an. Beliau akur bahawa bahasa, bangsa dan ugama boleh menjadi sebab yang memecah-belahkan sebuah masyarakat. Dengan ikrar ini, beliau ingin menekankan bahawa perbalahan dapat diatasi jika rakyat Singapura benar-benar mengambil kisah akan negara mereka. Draf teks ikrar diserahkan kepada perdana menteri pada masa itu, Encik Lee Kuan Yew, yang memperbaiki lagi teks tersebut sebelum mengemukakannya pada Kabinet. Ikrar ini diucapkan dalam bahasa Inggeris oleh pelajar-pelajar sekolah setiap hari dan juga oleh rakyat Singapura pada Hari Kebangsaan setiap 9 Ogos.
[Sunting] Bahasa Inggeris
We, the citizens of Singapore,
pledge ourselves as one united people,
regardless of race, language or religion,
to build a democratic society
based on justice and equality
so as to achieve happiness, prosperity and
progress for our nation.
[Sunting] Terjemahan
Kami, warganegara Singapura,
sebagai rakyat yang bersatu padu,
tidak kira apa bangsa, bahasa, atau ugama,
berikrar untuk membina suatu masyarakat yang demokratik,
berdasarkan kepada keadilan dan persamaan untuk mencapai kebahagiaan,
kemakmuran dan kemajuan bagi negara.
[Sunting] Bunga kebangsaan
[Sunting] Asal
Vanda Miss Joaquim, satu spesis orkid, adalah bunga kebangsaan Singapura. Ia adalah hibrid di antara Vanda ters dan Vanda hookerana dan pertama kali dijumpai di kebun Cik Agnes Joaquim pada tahun 1893. Pada 15 April 1981, selepas pengumuman oleh Menteri Budaya pada ketika itu, S. Dhanabalan, bunga orkid Vanda Miss Joaquim dipilih sebagai bunga kebangsaan negara Singapura. Pemilihan ini adalah salah satu langkah untuk memupuk kebanggaan dan identiti negara.
[Sunting] Signifikasi
Bunga orkid Vanda Miss Joaquim dipilih di antara 40 jenis bunga, termasuk 30 jenis bungan orkid yang lain. Bungai ini dipilih kerana sifatnya yang keras dan tahan lama yang membolehkannya berbunga sehingga sepanjang tahun. Sifat-sifat ini mencerminkan usaha Singapura untuk maju dan berjaya di dalam semua aspek kehidupan.
[Sunting] Lambang kepala Singa
The Singapore lion head is intended as an easily recognisable national symbol that is less formal than the other national symbols. It can be freely used to promote Singapore's national identity.
Its Origin
On the records in the 13th century Malay Annals, a prince from Palembang was shipwrecked and washed ashore to an island. There he saw a creature which he believed was a lion. So he named the island "Singa Pura" which means "Lion City", from which the name Singapore was derived.
Its Meaning
The lion head symbolises courage, strength and excellence, as well as resilience in the face of challenges. It is in solid red against a white background - the colours of the national flag. Its mane's five partings represent the same five ideals that are embodied in the five stars of the national flag, namely democracy, peace, progress, justice and equality. Its tenacious mien symbolises resolve to face and overcome any challenges.