Siti Nurhaliza Production
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Siti Nurhaliza telah menubuhkan syarikat beliau sendiri dan diberi nama Siti Nurhaliza Productions atau lebih dikenali sebagai SNP. Siti Nurhaliza sendiri bernaung di bawah SNP, dan Transkripsi merupakan album pertama terbitan Siti Nurhaliza Production. Selain menerbitkan album studio Siti Nurhaliza, SNP juga menguruskan aktiviti seni Siti Nurhaliza, menerbitkan beberapa rancangan televisyen, menganjurkan konsert Siti Nurhaliza, dan sebagainya. Kini, SNP beroperasi di sebuah bangunan perniagaan di ibu negara.