Solat Sunat Hari Raya
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Solat Sunat Hari Raya merupakan solat sunat yang didirikan secara berjemaah (biasanya di masjid) pada awal pagi hari raya Aidil Adha dan Aidil Fitri. Hukumnya adalah sunat muakkad, iaitu sunat yang sangat digalakkan.
Solat Sunat Hari Raya mengandungi takbir tujuh kali pada rakaat pertama, dan takbir lima kali pada rakat kedua. Selepas setiap kali takbir dianjurkan untuk membaca tasbih. Dan apabila selesai takbir dan tasbih, barulah diteruskan solat seperti biasa.
Berbeza dengan Solat Jumaat, khutbah Solat Hari Raya adalah selepas solat. Setelah selesai khutbah, umat Islam digalakkan bersalam-salaman dan menziarahi sanak saudara, jiran tetangga serta sahabat handai.
[Sunting] Pautan luar
Rencana ini merupakan rencana stub. Bantulah Wikipedia mengembangkannya. |