Spektrum elektromagnet
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Spektrum elektromagnet merupakan julat semua sinaran elektromagnet. Manakala "spektrum elektromagnet" sesuatu objek ialah julat frekuensi sinaran elektromagnet yang dipancarkan, dipantulkan atau disiarkan.
Gelombang elektrognetik ini boleh bergerak dalam ruang-ruang kosong termasuklah vakum. Dengan memasang sebuah antena yang sesuai pada litar elektrik, gelombang elektromagnetik boleh disebarkan secara berkesan dan juga boleh diterima pada kadar jarak tertentu.
Melalui teknologi terkini, bit-bit data boleh dihantar melalui gelombang elektromagnetik melalui frekuensi yang digunakan. Semakin kecil lebar frekuensi yang digunakan maka proses pemindahan data dapat dilakukan dengan lebih berkesan.
Spektrum ini secara langsung berkaitan dengan:
- Panjang gelombang didarabkan dengan frekuensi ialah kelajuan cahaya: 300 Mm/s, iaitu 300 MmHz
- Tenaga dari foton adalah 4.1 feV per Hz, yaitu 4.1μeV/GHz
- Panjang gelombang didarabkan dengan tenaga per foton adalah 1.24 μeVm
Spektrum elektromagnetik boleh dibahagi kepada beberapa bahagian seperti:
- gelombang radio
- gelombang mikro
- inframerah
- spektrum optik
- ultraungu
- sinar-X
- sinar gamma