Stadium Nasional Bukit Jalil
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Rencana ini merupakan rencana stub. Bantulah Wikipedia mengembangkannya. |
Stadium Nasional ialah pusat dan bangunan sukan paling terkenal di Kompleks Sukan Negara. Stadium Nasional ialah antara stadium yang terbesar di dunia dan menyediakan tempat duduk berbumbung untuk memberi keselesaan dan perlindungan optimum daripada cuaca untuk 100,000 penonton.
Stadium ini mampu menganjurkan pelbagai kegunaan ; sebagai tempat acara olahraga .Ia telah direkabentuk mengikut piawaian Kejohanan Dunia dan Olimpik dan mempunyai kemudahan padang dan trek. Trek sintetik 9 lorong berukuran 400 meter, lari jauh berhalangan dan lompat air , lompat tinggi , lompat jauh dan lompat kijang, lompat galah, lontar peluru, lontar tukul besi, lempar cakera dan merejam lembing.
Pembinaan Stadium Nasional bermula dengan kerja penggalian untuk membentuk mangkuk pada Mac 1994.Lebih kurang satu pertiga stadium terdapat di bawah paras dasar di sekitarnya. Kemudian pada akhir 1994 kerja bermula di bahagian superstruktur konkrit. Sebuah kilang pemprosesan konkrit yang sementara dibina pada tapak itu bagi pembuatan komponen pratuang.
100,000 tempat duduk dipasang pada 1997 dan corak ketara yang dicipta menerusi penggunaan warna yang berlainan, menyumbangkan kesan visual yang menarik apabila stadium tidak digunakan.
Stadium ini berbentuk elips dan bentuk mangkuknya yang klasik dihasilkan dan ditonjolkan oleh pertindanan tiga barisan tempat duduk. Bumbung membran ini menutupi 38,000 meter persegi.
Stadium Nasional menggabungkan sistem bunyi yang dinamik untuk menyiarkan muzik dan pesanan. Sistem lampu sorot yang telah dipraprogramkan menggunakan lampu halida logam untuk menyumbangkan tahap pencahayaan sehingga 1500 lux yang sesuai untuk liputan TV.