Sultan Abdul Samad
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Sultan Abdul Samad ialah Sultan Selangor Darul Ehsan yang menetap di Jugra. Lahir di Bukit Melawati , tidak duduk di Bukit Melawati, sebaliknya pindah ke Jugra.
Sultan Abdul Samad bin al-Marhum Raja Abdullah 1857/1898, dilahirkan pada tahun 1811, telah berkahwin dengan, Raja Atfah binti al-Marhum Sultan Muhammed Shah . Baginda memerintah dari tahun 1857 sehingga 1898, Baginda mangkat pada 6 Februari 1898.
Semasa pemerintahan beliau, Semenyih dan Beranang serta Broga dimasukkan ke dalam sempadan negeri Selangor . Sementara Lukut dikeluarkan dari jajahan negeri Selangor, diserahkan kepada negeri Sembilan. Waris Sungai Ujong yang tidak setuju dengan hal tersebut, tidak dapat berbuat apa-apa .
[Sunting] Anak-anak
- Dengan Raja Buntal binti Raja Berkat.
- Dengan Raja Rabeah binti Raja Sulaiman.
- Raja Kahar bin al-Marhum Sultan Abdus Samad.
- Raja Atfah binti al-Marhum Sultan Abdus Samad (Tengku Chi), berkahwin 13 Jun 1868 dengan Tengku Ziauddin bin al-Marhum Sultan Zainal Rashid (Raja Kedah), mangkat pada tahun 1909.
- Raja Ibnushah bin al-Marhum Sultan Abdus Samad, mangkat pada tahun 1881.
- Raja Tipah binti al-Marhum Sultan Abdus Samad
- Raja Moonah binti al-Marhum Sultan Abdus Samad
- Raja Yakub bin al-Marhum Sultan Abdus Samad, mangkat pada tahun 1875.
- Raja Daud bin al-Marhum Sultan Abdus Samad
- Raja Mahmud bin al-Marhum Sultan Abdus Samad
- Raja Arfah binti al-Marhum Sultan Abdus Samad, berkahwin dengan Raja Mahdi bin Raja Sulaiman, mangkat pada tahun 1882.
Penyandang Terdahulu | Sultan Selangor 1857 – 1896 |
Penyandang Kemudian |
Sultan Muhammad Shah | Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah |