Tanah Melayu
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Tanah Melayu atau Semenanjung Tanah Melayu ialah semenanjung utama di daerah Asia Tenggara. Terbentang dari utara ke selatan dan merupakan hujung terselatan daratan utama Asia. Titik tersempitnya ialah Tanah Genting Kra. Bahagian pesisir barat daya terpisah dari pulau Sumatra oleh Selat Melaka. Di seberang timur Laut China Selatan terletak pulau Borneo.