Teh ais
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Teh ais merujuk kepada air teh bersusu yang dicampurkan dengan air batu. Ia merupakan minuman yang digemari di kawasan tropika. Teh air biasanya kerap menjadi pilihan pada waktu tengahari semasa panas, bagaimanapun ia turut menjadi pilihan sepanjang masa, siang dan malam bagi penggemarnya.
Teh ais dan teh tarik merupakan minuman yang dikaitkan dengan warung dan kedai mamak. Ia lazat diminum bersama-sama hidangan nasi lemak, dll.