Tentera Laut Diraja Malaysia
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Tentera Laut Diraja Malaysia ataupun lebih dikenali dan mudah dipanggil dengan singkatannya: TLDM – merupakan salah satu cabang dalam Angkatan Tentera Malaysia yang bertanggung jawab ke atas operasi dan pertahanan maritim negara. Dari segi aspek keanggotaan pula, TLDM merupakan tentera laut ke-3 terbesar di dalam gabungan ASEAN. Walaupun TLDM kini hanya mempunyai keupayaan berperang yang terhad dan berkekuatan sederhana sahaja berbanding anggota ASEAN yang lain, angkatan TLDM merupakan salah satu angkatan yang mempunyai sistem dan teknologi yang canggih pada aset-asetnya.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sejarah TLDM
[Sunting] Tentera Laut Simpanan Sukarelawan Negeri Selat
Tentera Laut Diraja Malaysia boleh dilihat akar umbinya dalam pembentukan Tentera Laut Sukarelawan Simpanan Negeri Selat (TLSSNS) - Straits Settlement Naval Volunteer Reserve - yang telah ditubuhkan oleh kerajaan kolonial British di Tanah Melayu pada 24 April 1934 di Singapura. TLSSNS ditubuhkan untuk membantu ‘Royal Navy’ mempertahankan kawasan
perairan Tanah Melayu ekoran perkembangan dan pergolakkan politik di Asia di mana Empayar Jepun sedang memperluaskan kuasa dan pengaruhnya. Pembentukan sebuah cawangan di Pulau Pinang menyaksikan perkembangan TLSSNS.
Pada 18 Januari 1935, pihak pentadbiran tertinggi Royal Navy telah menghadiahkan kerajaan British di Singapura dengan sebuah kapal Korvet kelas Flower: HMS Laburnum untuk berkhidmat sebagai kapal utama dan kapal latihan TLSSNS. Kapal ini telah berlabuh di pangkalan di Telok Ayer Basin. HMS Laburnum malangnya telah ditenggelamkan oleh tentera Jepun sewaktu Perang Dunia ke-2.
Apabil Perang Dunia Ke-2 meletus di Eropah, TLSSNS telah meningkatkan pengrekrutan demi mengukuhkan pertahanan Tanah Melayu memandangkan aset-aset Royal Navy diperlukan di medan operasi Eropah. TLSSNS juga telah dikerahkan untuk perkhidmatan aktif sebagai unit Royal Navy Malay Section, ataupun Royal Malay Navy ataupun Malay Navy dengan kekuatan seramai 400 orang anggota. Golongan ini telah menjalani latihan di kem latihan HMS Pelandok. Keanggotaan Malay Navy kemudiannya meningkat kepada 1450 orang apabila perang meletus di Asia Tenggara.
Sepanjang Perang Dunia ke-2, Malay navy berkhidmat di bawah Tentera Bersekutu atau lebih tepat lagi dibwah panji-panji Royal Navy British. Malay Navy berkhidmat bersama Royal Navy di medan opersai di lautan Hindi dan Pasifik. Ramai anggota Malay Navy terkorban ketika ini. Apabila perang tamat dengan penyerahan kalah Jepun pada tahun 1945 hanya 600 anggota melapor diri semula. Pada tahun 1947, Malay Navy terpaksa dibubarkan akibat kemelesetan ekonomi.
[Sunting] Era Selepas Zaman Perang
Pada 24 Disember 1948, ‘Darurat’ diisytiharkan di Tanah Melayu akibat ancaman pengganas komunis. Menyedari kepentingannya, pihak British mengaktifkan semula Malay Navy dan kali ini sebagiai Malayan Naval Forces. Tarikh 4 Mac 1949 menyaksikan hari perasmian dan penubuhan Malayan Naval Forces yang berpangkalan di HMS Malaya,Woodlands, Singapura.
Misi utama MNF ialh pengawasan pesisir pantai bagi menghalang pengganas komunis daripada memperoleh bantuan bekalan melalui jalan laut. Angkatan ini juga diberi tugas mengawal laluan ke Singapura dan pelabuhan-pelabuhan lain.
Malayan Naval Forces dibekalkan dengan sebuah Frigat kelas River HMS Test yang turut digunakan sebagai kapal latihan. Pada tahun 1950 pula dengan sebuah kapal ‘minelayer’ bekas tentera Jepun, HMS Laburnum, sebuah LCT, HMS Pelandok, sebuah kapal penangkap ikan, HMS Panglima, sebuah kapal torpedo HMS Simbang, dan beberapa kapal kecil lagi.
[Sunting] Gelaran Diraja
Pada bulan Ogos 1952, Ratu Elizabeth 2 telah mengurniakan gelaran ‘Diraja’ kepada MNF, menjadikan MNF kini dikenali sebagai Tentera Laut Diraja Malaya (Royal Malayan Navy) dia atas perkhidmatan MNF yang cemerlang. Kapal-kapal TLDM kini mempunyai imbuhan HMMS: Her Majesty Malayan Ship sebelum nama.
[Sunting] Era Kemerdekaan dan Selepas Kemerdekaan
Tentera Laut Diraja Malaya akhirnya diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada 12 Julai 1958. Penaikkan bendera Tentera Laut Persekutuan secara rasminya menandakan TLDM memikul tanggung jawab untuk mempertahankan perairan Persekutuan. TLDM memulakan tugasnya hanya dengan sebuah pangkalan pusat di HMMS Malaya dan sebuah armada kecil yang terdiri daripada sebuah kapal LCT, 2 buah kapal penyapu ranjau (minesweeper) kelas HAM, dan 7 buah kapal patrol.
Pada 16 September1963, TLDM dinamakan sebagai Tentera Laut Diraja Malaysia (juga sebagai TLDM) setelah pembentukan Malaysia.
Kekuatan TLDM bertambah secara beransur-ansur setelah Malaysia dibentuk. 18 buah bot patrol kelas Keris telah ditempah dari firma Vosper, dan bot-bot ini membentuk kekuatan pengawasan TLDM untuk tahun-tahun akan datang. Bot sepanjang 103 kaki ini berfungsi dengan enjin disel dengan kelajuan maksima 27 knot. Walaubagaimanapun, bot kelas Keris hanya dihadkan sebagai bot patrol pesisir pantai kerana mempunyai ketahan operasi yang rendah.
Selepas itu, kekuatan berperang TLDM bertambah dengan pembelian bot serang laju kelas Brave dari firma Vosper sebanyak 4 buah. Kapal ini juga dikenali sebagi kelas Perkasa dan dibina khas untuk TLDM dalam limbungan Vosper Thomeycroft pada tahun 1967. Kapal serang lahu Perkasa ini dilengkapkan dengan empat torpedo 21’’, sebuah Gun Bofor 40mm, dan satu meriam 20mm dibahagian buritan. ‘Perkasa’ mempunyai kelajuan sehingga 54 knot (±100 km/jam).
TLDM mendapat sebuah lagi kapal apabila Royal Navy memindahkan Frigat kelas ‘Loch’ (F433) HMS Loch Insh kepada TLDM pada tahun 1964. Loch Insh dinamakan semula sebagai KD Hang Jebat. Semasa ‘Konfrontasi’,KD Hang Tuah mengambil alih tugas pengawalan di perairan Tawau, Sabah dari HMS Yarra. KD Hang Tuah berkhidmat dalam armada TLDM sehinggalah kapal ini dilucutkan tauliah (decomissioned) pada tahun 1970 dan di buang.
Pada tahun 1977 pula TLDM memperoleh Frigat HMS Mermaid dari Royal Navy bagi menggantikan Hang Tuah yang tidak lagi berkhidmat. Kapal ini juga dinamakan Hang Tuah, (F72) KD Hang Tuah. Hang Tuah merupakan sebuah Frigat seberat 2,300 tan bersenjatakan gun berkembar 102 mm. KD Hang Tuah ditukarkan menjadi kapal latihan sehingga hari ini.
KD Rahmat (F24) menyertai armada TLDM pada tahun 1972. Kapal Frigat ringan seberat 2,300 tan ini merupakan antara model rekaan firma Yarrow untuk TLDM. Pada awalnya Rahmat dinamakan sebagai Hang Jebat, namun disebabkan masalah sewaktu ujian pentauliahan, kapal ini dinamakan sebagai KD Rahmat. KD Rahmat merupakan kapal perang pertama TLDM yang dilengkapi sistem misil Seacat, Rahmat telah dilucutkan tauliah pada tahun 2004.
TLDM membeli lagi beberapa jenis bot serang laju bermisil diantara tahun 70an-80an. Bot-bot ini adalah 4 buah kelas Combattante 2 yang dibeli dari Peranchis, dan 4 buah kelas Spica 2 dari Sweden. Kedua-dua kelas ini dilengkapkan dengan misil Exocet MM38. TLDM turut memperoleh sebuah Offshore Patrol Vessel (OPV) seberat 1,300 tan rekaan Korea.
Keperluan menghantar tentera dan peralatan turut dipenuhi apabila TLDM membeli kapal-kapal LST dari Amerika Syarikat. Antara kapal yang dibeli adalah KD Sri Banggi (A1501), bekas USS Henry County, KD Rajah Jarom (A1502), bekas USS Sedgwick County, KD Sri Indera Pura (A1505), bekas USS Spartanburg County. Keboleh tambahan turut diperoleh dan disediakan dengan 2 kapal sokongan pelbagai fungsi seberat 4,300 tan, 100 meter KD Sri Inera Sakti (A1503) dan KD Merong Mahanwangsa (A1504).
Keupayaan menangani ancaman periuk api disediakan oleh 4 kapal minehunter kelas Mahamiru. Kapal-kapal ini asalnya merupakan kapal minehunter kelas LERICI. Tugas hydrografi diserahkan kepada KD Perantau dan KD Mutiara.
4 Buah kapal TLDM telah dilucutkan tauliah dan diserahkan secara rasmi kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) APMM telah menerima 17 buah kapal dari armada TLDM dengan pemindahan secara ‘hot transfer’ untuk perkhidmatan APMM. 6 buah kapal ini diserah kepada APMM pada ) Ogos 2005 dan 7 lagi pada Januari 2006.
[Sunting] Permodenan Terkini
4 buah Korvet kelas Laksamana telah dibeli dari Itali . Kapal ini pada asalnya dibina untuk Iraq namun ia tidak diserahkan atas sekatan antarabangsa ke atasnya selepas Perang Teluk. Penambahan aset terkini kepada armada TLDM ialah dua buah Frigat kelas Lekiu yang berdasarkan rekaan model YARROW FS200. Kapal frigat seberat 2,300 tan ini bersenjatakan SSMs Exocet MM40s) dan senjata VLS Sea Wolf dan sebuah helicopter Super Lynx Westland. Dua buah Frigat kelas KASTURI telah diserahkan selepas penyerahan kelas Lekiu. Kapal frigat seberat 1,500 tan ini bersenjatakan misil Exocet SSM dan mampu dilengkapi dengan sebuah helicopter Lynx. Kapal Selam serang pertama akan diserahkan kepada TLDM menjelang tahun 2008 dan dijangka akan beroperasi sepenuhnya menjelang tahun 2009. Pembinaan dua buah kapal selam Scorpene ini akan dibina bersama pembuat kapal Peranchis, DCN dan pasangan Sepanyolnya, kumpulan IZAR. TLDM juga telah membeli sebuah kapal selam kelas Agosta berfungsi sebagai kapal latihan yang dulunya berkhidmat dalam angkatan Perancis. Kontrak ini juga memastikan 150 anggota TLDM dilatih sepenuhnya di Peranchis. TLDM turut membeli 26 buah kapal Korvet yang akan berfungsi sebagai Patrol Vessel dalam program NGPV (New Generation Patrol Vessel) nya. Dua daripadanya telah diserahkan dan kini berkhidmat dalam TLDM.
[Sunting] Kapal Patrol Kelas KEDAH Dalam Program New Generation Patrol Vessels.
6 buah kapal telah ditempah, dengan 2 buah kapal dibina dan disiapkan di Jerman and 4 buah lagi dibuat sepenuhnya di limbungan di Malaysia. TLDM dan Kementerian Pertahanan telah membuat perancangan untuk membina sebua armada yang terdiri daripada 27 buah kapal patrol Korvet kelas Kedah ini. Walaupun ciri-ciri kapal ini serupa dengan sebuah kapal Korvet namun ia dikenali sebagai Offshore Patrol Vessel dan tidak dilengkapkan dengan senjata ofensif yang berat, namun, sekiranya perlu, senjata ofensif boleh dilengkapi. 2 buah kapal pertama telahpun ditauliah dan kini berada dalam perkhidmatan armada TLDM dengan tangguhan selama 18 bulan dari tarikh asal ia sepatutntya diserahkan. Ini disebabkan masalah pengurusan dan kewangan yang dihadapi oleh firma PSC-ND yang menyiapkan kapal-kapal tersebut. Kontroversi timbul apabila Jawatankuasa Perakuanan Awam mendedahkan kegagalan PSC-ND menyerahkan kapal dengan jumlah kontrak sejumlah RM5.3 billion kepada media massa. Sebuah pasukan pengurusan baru ditubuh dan projek ini berjalan semula. 2 dari kapal ini adalah 171 KD Kedah dan 172 Pahang. Kedua kapal ini ditauliahkan ke dalam perkhidmatan pada bulan June dan Ogos tahun 2006. Kapal NGPV Kelas Kedah ini akan digunakan dalam operasi pencarian dan penyelamatan dan patrol di kawasan perairan. Kapal Kedah ini dilengkapi senjata ringan hanya dengan meriam Oto Melara 72/62 mm, Oto Melara Sekunder 30mm, dan 4 SSM Exocet Block 2 (FBNW). Kapal ketiga kapal yang akan dipanggil KD Pulau Pinang dijangka akan diserahkan kepada TLDm tidak lama lagi. Sistem persenjataan yang lebih berkuasa dan berat boleh ditambah sekiranya perlu.
[Sunting] Aset Udara TLDM
Tidak seperti Tentera Laut Diraja Thailand, TLDM tidak mengoperasikan dan mempunyai kapal pengangkut pesawat. Namun TLDM telah membeli 6 buah helicopter Westland Super Lynx untuk kapal-kapal utama dalam armadanya dan beroperasi sebagai Skuadron 499. Helikopter AS 555 Aerospatiale Fennecs beroperasi sebagai Skuadron 500. Manakala helikopter Wasp Westland tidak lagi berkhidmat dalam pasukan udara TLDM. Tempahan 6 buah helicopter Augusta Westland Super Lynx 300 dijangka memenuhi keperluan helicopter dalam pasukan udara TLDM. KD Hang Jebat dan Lekiu masing-masing mempunyai sebuah helikopter dalam kapal NGPV tersebut.
[Sunting] Pangkalan TLDM
TLDM telah meninggalkan pangkalan bersejarahnya, KD Malaya, di Woodlands, Singapura, untuk pangkalan baru yang lebih moden, yang turut dipanggil KD Malaya, di Lumut, Perak. Pangkalan lain telah dibina dibina di Tanjung Gelang, Kuantan, Pahang, yang turut berkhidmat sebagai HQ Wilayah Laut 1 dan di Tanjung Pengelih, Johor yang berkhidmat sebagai pusat latihan rekrut tentera laut KD Sultan Ismail. Pangkalan turut terdapat di Sungai Antu, Sarawak, di Labuan, dan Sandakan Sabah. Sebuah pangkalan pusat untuk operasi kapal selam telah dibina di Teluk Sepanggar, Sabah yang mana turut berfungsi sebagai HQ Wilayah Laut 2. Sebuah lagi pangkalan sedang dibina di Pulau Langkawi, Kedah untuk dijadikan pusat untuk operasi di Lautan Hindi. Akses ke Lautan Pasifik telah disediakan dengan pangkalan TLDM di Semporna, Sabah.
[Sunting] Senarai Pangkalan TLDM
- TLDM Lumut, Perak
- TLDM Tanjung Gelang, Pahang
- TLDM Tanjung Pengelih, Johor
- TLDM Labuan
- TLDM Sungai Antu, Sarawak
- TLDM Sandakan, Sabah
- TLDM Semporna, Sabah
- TLDM Sepanggar, Sabah (HQ Wilayah Laut 2)
- Pusat Hydrogarfik Kebangsaan, Pulau Indah, Selangor
[Sunting] Nama Kapal
Semua kapal dalam armada TLDM membawa imbuhan awalan KD yang bermaksud Kapal Diraja.
[Sunting] Senarai Kapal-Kapal terkini TLDM
FRIGAT (4)
Kelas Lekiu (2)
- FF29 KD Jebat
- FF30 KD Lekiu
Kelas Kasturi (2)
- FF25 KD Kasturi
- FF26 KD Lekir
KORVET (4)
KELAS LAKSAMANA
134 KD Hang Nadim
135 KD Tun Abdul Jamil
136 KD Mohammad Amin
137 KD Tun Pusmah
‘OFFSHORE PATROL VESSEL’
Kelas Kedah
• 171 KD Kedah
• 172 KD Pahang
KAPAL SERANG LAJU
• Kelas PERDANA
3501 KD Perdana
3502 KD Serang
3503 KD Ganas
3504 KD Ganyang
- Kelas JERONG
3505 KD Jerong
3506 KD Todak
3507 KD Paus
3508 KD Yu
3509 KD Baung
3510 KD Pari
- Kelas Handalan
3511 KD Handalan
3512 KD Perkasa
3513 KD Pendekar
3513 KD Gempita
KAPAL PENYAPU RANJAU (Mine Countermeasure)
Kelas Mahamiru
11 KD Mahamiru
12 KD Jerai
13 KD Ledang
14 KD Kinabalu
KAPAL SOKONGAN
Kelas Sri Indera Sakti
1503 KD Sri Indera Sakti
1504 KD Mahawangsa
KAPAL LST
Kelas Newport
1505 KD Sri Indera Pura
KAPAL LATIHAN
FF76 KD Hang Tuah
MV Fajar Samudra
MV Mahsuri
KAPAL ‘TUG’ TLDM
4 KTD Penyu
6 KTD Sotong
8 KTD Kepah
KAPAL SELAM
1x Kelas Agosta 70
2x Kelas Scorpene
ASET UDARA
6x AS555 SN Fennec
6x Agusta Westland Super Lynx
[Sunting] Pautan luar
[Sunting] Nota
Artikel ini adalah tidak lengkap. Sila bantu pihak Wikipedia bagi membantu melengkapkan artikel ini.