Tora Aman
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Tora Aman merupakan sebuah syarikat penerbitan komik di Malaysia. Syarikat ini banyak menterjemahkan komik-komik Jepun atau manga ke dalam Bahasa Melayu dan diedarkan di seluruh Malaysia. Antara komik yang diterjemahkan dan diterbitkan dalam Bahasa Melayu adalah siri pendek dan panjang Doraemon (antara terbitan yang paling awal), Detektif Conan dan Kapten Tsubasa. Kini, syarikat ini masih terus beroperasi dan masih menambahkan koleksi penerbitannya.
Rencana ini merupakan rencana stub. Bantulah Wikipedia mengembangkannya. |