Urban Comics
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Urban Comics adalah antara majalah komik yang di terbitkan sendiri oleh pengkarya 'self -publish' pada Mac 2001 oleh tujuh anak muda: Muhamad Azhar, Fythullah Hamzah, Aadi Salman, Arrohim Ahmad, Mahathir Buang, Yusrizal Yusof dan Mohd. Fahimi. Memandangkan ketika itu majalah komik Malaysia banyak tertumpu pada komik humor, kartun, kisah cinta, info dunia hiburan seperti filem, permainan video, manga dan anime, Urban Comics tampil dengan kelainan yang bereksperimentasi dengan genre serius seperti sains fiksyen, fantasi, aksi, misteri, penyiasatan dan thriller.
Mereka cuba menampilkan satu komik antologi eksperimen ala 2000 AD dan Heavy Metal dengan siri komik seperti Siapa?, Juganah, MATA3, Drakkuneia, Evil Spell, Cameo, Tanah Nun, Urban Babes, Paskal Garuda dan Kisah Budak Asrama. Oleh kerana faktor kewangan yang meruncing Urban Comics dapat bertahan selama 18 keluaran dalam tempoh 2 tahun. Satu pencapain yang positif bagi sebuah produksi independent ini, sedang ketika draf jualan meningkat naik Urban Comics berlabuh dengan isu terakhir pada Disember 2002.
Kini mereka (Azhar, Kromosom, Milx, Adijin, Aim, Use Risal, White) masih aktif dalam penghasilan komik.