Waktu Solat
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Sebahagian siri dalam Islam Sejarah Islam |
|
Ajaran dan Kepercayaan | |
Kepercayaan kepada Tuhan Malaikat · Nabi dan Rasul Kitab · Hari Akhirat · Qadar Dua Kalimah Shahadah Solat · Puasa Mengerjakan Haji · Membayar Zakat dan Fitrah |
|
Tokoh-Tokoh Utama | |
Nabi Muhammad s.a.w. · Saidina Abu Bakar · Saidina Umar Al-Khatab · Saidina Uthman Affan · Saidina Ali Abi Talib |
|
Kitab & Undang-Undang | |
al-Qur'an · Hadith · Surah Mazhab · Syariah |
|
Golongan Islam | |
Sunah · Syiah · Sufi | |
Kota Suci Islam | |
Aspek-Aspek Sosial | |
Kota Islam · Seni Bina Sains · Tamadun Islam Kesenian · Kalendar Hijrah Pemimpin Agama · Khalifah Politik Islam · Jihad |
|
Lihat Juga | |
Rencana mengenai Islam |
Waktu solat adalah peruntukan tempoh atau selang masa tertentu bagi masyarakat muslim menjalani syariat solat sama ada fardhu ataupun sunat. Penyusunan waktu solat fardhu telah diajarkan sendiri oleh Malaikat Jibrail kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Waktu solat adalah piawai bagi masyarakat muslim seluruh dunia. Terutama bagi solat fardhu, waktunya ditetapkan mengikut peredaran matahari dan bukan mengikut selang masa yang tetap. Hal ini disebabkan oleh faktor geografi, bentuk bumi, kecondongan paksi bumi dan peredaran bumi dalam orbitnya yang berbentuk elips. Kerana itu waktu solat boleh berubah mengikut pertukaran musim disebabkan perbezaan kadar siang dan malam.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Waktu Solat Fardhu
[Sunting] Solat Zohor
Waktu Zohor/Zuhur (ﻇﻬﺮ) bermula daripada gelincir matahari dari kedudukan tengah langit hingga bayang-bayang suatu benda menyamai panjangnya. Secara umumnya, zohor bermula apabila bayang-bayang sudah cenderung ke arah barat.
[Sunting] Solat Asar
Waktu Asar (ﻋﺼﺮ) bermula apabila sesuatu bayang objek melebihi kepanjangan sebenar sehingga matahari mula terbenam.
Haram menta'khirkan atau melewatkan solat asar sehingga tinggal waktu yang tidak sempat untuk dikerjakan.
[Sunting] Solat Maghrib
Waktu Maghrib (ﻣﻐﺮﺏ) bermula apabila matahari terbenam (hilang bentuk bulatannya) hingga hilang cahaya kemerahan di kaki langit.
Bagi kawasan atau negeri yang tidak hilang cahaya tersebut (kawasan seperti kutub), maka dikira kadar panjang atau tempoh yang sama bagi kawasan atau negeri yang berhampiran yang mengalaminya.
[Sunting] Solat Isyak
Waktu Isya'/Isyak (ﻋﺸﺎﺀ) bermula apabila hilang cahaya merah di kaki langit hingga terbit fajar sadiq. Waktu isya adalah waktu solat yang paling lama iaitu sepanjang malam.
[Sunting] Solat Subuh
Waktu Subuh (ﺻﺒﺢ) bermula dari naik fajar sadiq sehingga terbitnya matahari atau dikenali sebagai Syuruk.
[Sunting] Waktu Solat Sunat
Tidak semua solat sunat mempunyai waktu tertentu melainkan beberapa solat sunat. Waktu-waktunya adalah mengiku kelaziman waktu solat Nabi Muhammad s.a.w. antara solat sunat yang dilakukan mengikut waktu tertentu:
- Solat dhuha - dilakukan ketika waktu matahari baru naik (mengikut pandangan sesetengah ulama, pada ketinggian segalah atau tujuh hasta)
- Solat dua Hari Raya - dilakukan pada waktu pagi hari raya yang pertama bagi keuda-dua jenis hari raya dan lazimnya dilakukan pada waktu Dhuha (ﺿﺤﻰ) iaitu waktu matahari baru naik (mengikut pandangan sesetengah ulama, pada ketinggian segalah)
- Solat tarawih - dilakukan pada waktu Isya' (lazimnya dilakukan selepas Solat isya' sebelum kemunculan waktu imsak)
- Solat sunat gerhana - dilakukan pada waktu gerhana (matahari atau bulan) berlaku.
- Solat sunat rawatib - dilakukan sebelum dan selepas solat fardhu. Tidak semua solat mempunyai kedua-dua solat sunat.
[Sunting] Waktu Haram Solat
Berikut adalah waktu yang diharamkan solat (sesetengah mengatakan bagi selain tanah haram):
- Waktu selepas solat Subuh hingga terbit matahari.
- Waktu mula terbit matahari (syuruk) hingga matahari berada di kedudukan pada kadar segalah (tujuh hasta).
- Waktu rambang atau waktu tengahari (matahari tegak) hingga gelincir matahari kecuali hari Jumaat.
- Waktu selepas solat Asar hingga matahari kekuningan.
- Waktu matahari kekuningan hingga matahari terbenam.
Kategori: Islam | Solat | Solat fardu