ZOY
Dari Wikipedia bahasa Melayu
ZOY atau Mohd Zohri Sukimi, pelukis komik tahun 1980an masih lagi aktif berkomik dan berkartun hingga ke hari ini. Bermula dengan komiknya yang berjudul Pendekar Sijangkang dengan Penerbitan Knight. Karya-karyanya menyinngkap kehidupan rakyat Malaysia berbilang bangsa dan kebudayaan. Komik AYOKO merentas budaya dua negara iaitu Malaysia dan Jepun.
Selain daripada menyumbang komik untuk akhbar Utusan Malaysia dan majalah FANTASI dan Gempak, (awal penerbitan)beliau turut menjadi ilustrator beberapa penerbitan lain. Kini, beliau menjadi pelukis kanan di Berita Harian dengan menyumbang komik mingguan dengan Berita Minggu dan sebagai residen kartun politik syarikat tersebut.
[Sunting] Lihat juga
Rencana ini merupakan rencana stub. Bantulah Wikipedia mengembangkannya. |