150
Dari Wikipedia bahasa Melayu
- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 150. Bagi kegunaan lain, sila lihat 150 (nombor).
Tahun | 147 • 148 • 149 • 150 • 151 • 152 • 153 |
Dekad | 120-an • 130-an • 140-an • 150-an 160-an • 170-an • 180-an |
Abad | Abad ke-1 • Abad ke-2 • Abad ke-3 |
150 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Rabu dalam kalendar Gregory.
[Sunting] Peristiwa
[Sunting] Mengikut tempat
[Sunting] Amerika
- Keakhiran Zaman Kebudayaan Pertengahan bagi Tamadun Maya (tarikh anggaran).
- Pembinaan Piramid Matahari Agung di Teotihuacan yang merupakan bangunan pra-Columbia yang tertinggi di benua Amerika.
[Sunting] Asia
- Tahun pertama dan terakhir zaman Heping bagi Dinasti Han di China.
[Sunting] Empayar Rom
- Tentera Rom terdiri daripada 400,000 orang askar. Antara bilangan ini, sepuluh buah legion (55,000 orang) dan 140 unit tambahan (80,000 orang, dengan separuhnya merupakan pasukan askar berkuda) ditempatkan di Balkan dan di sepanjang Sungai Danube; 50,000 orang askar legion dan askar tambahan di Britain; 45,000 orang di Jerman; 20,000 orang di Mesir; dan 10,000 orang di Afrika dan Numidia.
[Sunting] Eropah
- Penduduk Jerman di timur berpindah ke selatan masuk ke kawasan Banjaran Carpathian dan Laut Hitam.
[Sunting] Mengikut topik
[Sunting] Agama
- Marcion dari Sinope menghasilkan versinya untuk Gospel Luke (tarikh anggaran).
[Sunting] Seni dan Sains
- Atlas terawal, Geografi, dicipta oleh Ptolemy (tarikh anggaran).
- Tarikh anggaran untuk penyiapan mahakarya Ptolemy, Almages. Kosmologi geopusat mempengaruhi fikiran dunia selama 1,400 tahun.
- Antoninus Liberalis menulis karya mitologi (Μεταμορφωσεων Συναγωγη) (tarikh anggaran).
- Kertas yang dibuat di China tiba di Turkestan.
[Sunting] Kelahiran
- Monoimus, pengikut Gnostisisme Arab (tarikh anggaran)