Kalendar Gregory
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Kalendar Gregory merupakan takwim yang paling banyak digunakan di hampir Seluruh Dunia. Ia merupakan Kalendar Julian yang telah diubah sedikit. Ia pertama kali diusulkan oleh doktor Aloysius Lilius, dari Napoli, Itali dan dituruti oleh Pope Gregory XIII pada 24 Februari 1582.
Kalendar ini dicipta kerana Kalendar Julian dinilai kurang tepat, sebab permulaan musim bunga (21 Mac) semakin maju sehingga, perayaan Easter yang sudah disepakati sejak Konsili Nicea I pada tahun 325 tidak tepat lagi.
Lalu pada tahun 1582, hari Sabtu 4 Oktober diikuti dengan hari Ahad 15 Oktober.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Perbezaan dengan Kalendar Julian
Sebuah tahun dalam Kalendar Julian berlangsung selama 365.25 hari. Tetapi kerana putaran bumi mengelilingi matahari hanya berlangsung selama 365.2422 hari, maka setiap satu millenium, Kalendar Julian akan berlebih 7 - 8 hari. Masalah ini diselesaikan dengan hari-hari lompat yang agak berbeza pada kalendar baru ini. Pada kalendar Julian, setiap tahun yang boleh dibahagi dengan 4 merupakan tahun lompat. Tetapi pada kalender baru ini tahun yang boleh dibahagi dengan 100 hanya dianggap sebagai tahun lompat, jika tahun ini juga boleh dibahagi dengan 400. Contohnya tahun 1700, 1800 dan 1900 bukan tahun lompat. Tetapi tahun 1600 dan 2000 merupakan tahun lompat. Dengan ini Kalendar Gregory mempunyai 365.2425 hari setahun.
[Sunting] Masalah Baru
Setelah Kalendar Gregory dicanangkan, tidak semua negara mahu memakainya. Baru beberapa abad setelah ini, hampir semua negara barat mahu memakainya. Russia misalkan baru memakai pada tahun 1918. Sehingga Revolusi Komunis Russia yang sekarang diperingati setiap tanggal 7 November, disebut sebagai Revolusi Oktober.
Gereja Ortodoks sehingga sekarang masih memakai Kalendar Julian.
[Sunting] Permulaan Tahun
Pada tanggal 1 Januari 1622, 1 Januari ditetapkan sebagai permulaan tahun. Sebelumnya hal ini setiap negara Eropah berbeza-beza.
[Sunting] Bulan-Bulan Tahun
Setiap tahun dibahagi menjadi 12 bulan:
No. | Nama | Jumlah Hari |
---|---|---|
1 | Januari | 31 |
2 | Februari | 28 atau 29 |
3 | Mac | 31 |
4 | April | 30 |
5 | Mei | 31 |
6 | Jun | 30 |
7 | Julai | 31 |
8 | Ogos | 31 |
9 | September | 30 |
10 | Oktober | 31 |
11 | November | 30 |
12 | Disember | 31 |
[Sunting] Pautan Luar
Januari | Februari | Mac | April | Mei | Jun | Julai | Ogos | September | Oktober | November | Disember |